KUALA LUMPUR: Pasukan hoki wanita kebangsaan meraih kemenangan sulung pada kempen kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) Wanita 2023 selepas menewaskan Thailand 2-0 pada aksi terakhir saingan liga sepusingan, malam ini.
Pada pertembungan di Stadium Hoki Marang Gomke Jaipal Singh Astroturf di Ranchi, India itu, skuad Malaysian Tigress yang gagal mara ke peringkat separuh akhir menerima tentangan sengit apabila terpaksa menunggu sehingga ke suku kedua permainan untuk membolosi gawang lawan.
Jaringan pembukaan pasukan negara bimbingan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim itu disumbangkan Nur Shamine Azureen Mohammed menerusi gol padang pada minit ke-25.
Malaysia kemudian terus bermandi peluh berdepan asakan Thailand sebelum berjaya menggandakan kedudukan pada minit ke-52 menerusi gol padang Nur Nabila Alia Yussaini.
Malaysia di kedudukan kelima dengan mengumpul empat mata dan Thailand di tempat terakhir tanpa sebarang mata sekali lagi akan berentap di penentuan tempat kelima-keenam, pada Sabtu ini.
"Saya mahukan para pemain memberikan yang terbaik pada perlawanan terakhir di sini, dan saya pasti mereka juga akan menjalankan tanggungjawab dengan baik," kata Mohd Nasihin selepas perlawanan itu.
Sebelum ini, Malaysia tewas dalam tiga perlawanan saingan liga sepusingan masing-masing kepada juara bertahan Jepun 0-3, India (0-5) serta China (0-4) dan meraih keputusan seri 1-1 bertemu Korea Selatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023
Jaringan pembukaan pasukan negara bimbingan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim itu disumbangkan Nur Shamine Azureen Mohammed menerusi gol padang pada minit ke-25. Gambar FB AHF/Hockey India
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 55 tahun itu yakin dengan keupayaan pasukannya untuk memberikan impak ketika bertemu Taiwan.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Kekalahan 'hadiah' terakhir Mbappe
Mbappe telah menjaringkan 256 gol untuk PSG sejak tiba dari Monaco pada 2017 dalam perjanjian bernilai $194 juta (RM918 juta).
Mei Xing hampa gagal sumbang mata buat Malaysia
Mei Xing tidak dapat menyembunyikan kesedihannya selepas gagal menyumbang mata kedua buat pasukan Malaysia ketika menentang Australia.
Terima kasih Amri Yahyah
Perlawanan Liga Super antara Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada Ahad menjadi perlawanan terakhir buat Mohd Amri Yahyah.
ACT: Malaysian Tigress catat kemenangan sulung, atasi Thailand 2-0
Pasukan hoki wanita kebangsaan meraih kemenangan sulung pada kempen kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) Wanita 2023 selepas menewaskan Thailand 2-0 pada aksi terakhir saingan liga sepusingan.
Kalah selepas tujuh aksi tanpa tewas buka mata Harimau Malaya
Kekalahan Malaysia kepada Tajikistan pada final Pestabola Merdeka 2023 dilihat tepat pada masanya dan membuka mata' skuad kebangsaan.
Terbuka Australia: Murray diberikan tiket wildcard
Naib juara lima kali itu bertanding dalam kejohanan pada tahun 2019 ketika turun dalam sebagai perlawanan terakhirnya sebagia pemain profesional.
Final Piala FA: Arteta tidak fikir ia perlawanan terakhir Aubameyang dengan Arsenal
Arteta kekal optimis bahawa Aubameyang akan kekal bersama pasukannya, khususnya selepas mereka menjuarai saingan itu.
Sasaran ke final Piala AFF boleh dicapai - Aidil
Gabungan pemain senior dan muda yang dipanggil ketua jurulatih Tan Cheng Hoe untuk kem latihan kali ini mampu membentuk pasukan mantap untuk melangkah jauh pada saingan tersebut.