Kumpulan F
Argentina
Bosnia-Herzegovina
Iran
Nigeria
Argentina sudah tentu menjadi pilihan peminat bola sepak untuk terus layak ke pusingan kedua.
Malah ada juga sudah meramalkan bahawa perlawanan akhir Piala Dunia bakal menyaksikan pertembungan pasukan tuan rumah Brazil dengan musuh tradisi, Argentina.
Pengguguran pemain-pemain terkenal seperti penyerang kelab Itali, Juventus, Carlos Tevez, pertahanan Getafe CF, Lisandro Lopez dan juga pertahanan kental Newcastle United, Fabricio Colocini tidak memberi kesan kepada pasukan kerana rata-ratanya dibarisi oleh pemain berpengalaman yang membarisi kelab-kelab elit Eropah.
Seperti biasa, bekas pemenang Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia sebanyak empat kali, Lionel Messi dijangka akan bergandingan dengan penyerang sensasi Manchester City, Sergio Aguero.
Slot kedua untuk ke pusingan kalah-mati agak sukar diramal kerana Bosnia-Herzegovina, Nigeria dan Iran mempunyai potensi yang sama untuk turut layak.
Bosnia-Herzegovina yang pertama layak ke Piala Dunia membawa skuad terkuat mereka yang ratanya-ratanya membarisi pasukan kelab di Liga Bundesliga Jerman disamping penyerang Manchester City, Edin Dzeko bakal menjadi ‘duri dalam daging’ kepada pasukan lawan.
Percaturan jurulatih Iran, Carlos Quieroz yang memperkenalkan langkah memperkenalkan beberapa ‘pemain asing berdarah Iran’ ternyata banyak mengubah perjalanan pasukan tersebut dalam perjalanan ke Piala Dunia.
'Pemain asing kelahiran dan berdarah Iran' seperti pemain tengah Fulham, Ashkan Dejagah yang dibesarkan di Jerman, penyerang Charlton Athletic, Reza ‘Gucci’ Ghoochannejhad yang dibesarkan di Belanda, pertahanan kelab Kanada Vancouver Whitecaps, Steven Mehrdad Beitashour yang dilahirkan di Amerika Syarikat dan juga penjaga gol kelahiran Jerman, Daniel Davari yang beraksi bersama kelab Eintracht Braunschweig di Bundesliga Jerman telah banyak membantu ‘pemain tempatan’ Iran dalam membawa panji Asia di peringkat dunia.
Nigeria juga punya potensi untuk layak ke peringkat seterusnya berbekalkan status mereka sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Negara-negara Afrika tahun lalu.
Pemain perhatian: Lionel Messi (Argentina), Edin Dzeko (Bosnia-Herzegovina), Peter Odemwingie (Nigeria), Reza ‘Gucci’ Ghoochannejhad (Iran).
Aizat Sharif
Thu Jun 12 2014
Pasukan Argentina dijangka layak ke pusingan kedua
PM Iraq mahu bekerjasama rapat dengan AMF
Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia' al-Sudani pada Khamis menyatakan aspirasi negaranya untuk memperkukuh kerjasama dengan Tabung Kewangan Arab (AMF) serta menegaskan sokongan pemerintahannya terhadap aktiviti organisasi itu.
Bank Jepun tingkat kadar faedah jangka pendek baharu
Bank Jepun mengambil keputusan untuk meningkatkan kadar faedah jangka pendeknya kepada 0.5 peratus berbanding 0.25 peratus sebelum ini. Perkara itu seperti yang dimaklumkan oleh Gabenor Bank Jepun, Kazuo Ueda dalam kenyataan pada Jumaat yang mana beliau melihat ini sebagai langkah yang bertepatan seiiring dengan ramalan yang dinyatakan oleh portal ekonomi perdagangan negara.
Patung Kapten Cook di Sydney disimbah cat merah
Polis Australia melancarkan siasatan pada Jumaat susulan patung pegawai tentera laut Britain James Cook dirosakkan di Sydney.
Presiden Mexico tolak semakan awal perjanjian AS-Mexico-Kanada
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berkata tidak ada keperluan untuk mempercepatkan semakan Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA) yang dicadangkan oleh rakan sejawatannya dari AS Donald Trump.
Dua kebakaran baharu tercetus di San Diego, California
Dua kebakaran hutan baharu dilaporkan berlaku di San Diego, California, Amerika Syarikat dan pihak berkuasa giat melakukan operasi pemadaman bagi mengelakkan ia merebak ke kawasan lain.
Empat nama tebusan Israel diserahkan kepada pengantara
Empat nama warga Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu akan diserahkan Hamas kepada pengantara.
Perkukuh nilai insan pelajar sebelum kejar kemajuan AI
Kepentingan nilai insan dalam kalangan pelajar hari ini harus diberi keutamaan terlebih dahulu sebelum mengejar kemajuan kecerdasan buatan (AI).
Malaysia curi peluang kongsi kehebatan ASEAN - PM
Malaysia terus menjadi tumpuan semasa Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland apabila diberi ruang khas menerangkan kekuatan ekonomi negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu dimanfaatkan beliau sebaik mungkin untuk menceritakan kehebatan ASEAN kepada ribuan tokoh dunia dan gergasi konglemerat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu dimanfaatkan beliau sebaik mungkin untuk menceritakan kehebatan ASEAN kepada ribuan tokoh dunia dan gergasi konglemerat.
Kemegahan ibu kota tiada nilai jika gerai jalanan tersisih - PM
Erti sebenar perancangan bandar yang berjaya adalah ia tidak mencipta jurang antara pendudukan orang kaya dan orang miskin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencakar langit di ibu kota Kuala Lumpur tidak akan bermakna jika warung dan gerai di tepi jalan disisihkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencakar langit di ibu kota Kuala Lumpur tidak akan bermakna jika warung dan gerai di tepi jalan disisihkan.
Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly
Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.
Argentina kekal teratas dalam kedudukan FIFA, Jerman hampir kembali 10 teratas
Argentina mendahului, Perancis di tempat kedua dan Sepanyol semakin hampir.
Messi sokong rakan senegara menang Ballon d'Or
LIONEL Messi menyokong rakan senegaranya, Lautaro Martinez, untuk memenangi Anugerah Ballon d'Or tahun ini.
Piala Dunia 2026: Kempes sokong Lionel Messi ketuai cabaran Argentina pada usia 39 tahun
Kehadiran Messi mampu memberikan pengaruh yang signifikan terhadap penampilan keseluruhan pasukan La Albiceleste di Piala Dunia nanti.
Messi kembali sertai skuad Argentina untuk kelayakan Piala Dunia
Lionel Messi kembali menyertai skuad Argentina bagi kelayakan Piala Dunia FIFA menentang Venezuela dan Bolivia.
Argentina mohon ICC keluarkan waran tangkap terhadap Maduro
Buenos Aires meminta Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Venezuela Nicolas Maduro.
Paris 2024: Perancis benam Argentina, lolos ke separuh akhir
Jean-Philippe Mateta menanduk masuk hantaran silang bekas rakan sepasukan, Michael Olise, dalam tempoh lima minit pertama permainan.
Paris 2024: Almada, Echeverri temui sasaran tetapi Argentina sekadar naib juara Kumpulan B
Argentina antara pasukan pilihan untuk memenangi pingat emas ketiga mereka dalam temasya itu dan mereka jelas menyinar pada edisi kali ini.
Paris 2024: Tertunda satu jam, Maghribi malukan Argentina dalam aksi dramatik
Skuad Maghribi B23 itu menampilkan permainan bertenaga untuk menguji kekuatan skuad kendalian Javier Mascherano tersebut.
Final Copa America: Penyokong Colombia ceroboh stadium macam tikus, ikut sistem pengudaraan
Kelihatan penyokong Colombia yang tidak memiliki tiket cuba masuk ke dalam stadium menerusi sistem pengudaraan stadium.
Final Copa America: Sepak mula perlawanan ditunda 30 minit ekoran masalah di luar stadium
CONMEBOL mengumumkan, sepak mula ditangguhkan selama 30 minit hingga 8:30 pagi waktu Malaysia.