MASALAH yang melanda Kelantan FC ketika ini tidak akan selesai sekiranya pemilik baharu kelab itu tidak memiliki perancangan rapi dan pengetahuan mengenai ilmu dalam dunia bola sepak.
Malah, Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan berkata, mana-mana pihak yang berminat mengambil alih Kelantan FC juga perlu mempunyai sumber kewangan yang kukuh.
Menurutnya, kesudian usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida untuk kembali mengambil alih The Red Warriors (TRW) harus dilihat dari pelbagai sudut.
“Saya ada baca kenyataannya (Vida), nak letak anak beliau jadi pengurus sebab pandai bola. Macam mana ini? Realiti bola sepak sebenar berbeza.
“Kalau nak kata minat bola sepak, kebanyakan orang memang minat bola sepak. Tetapi adakah beliau (Vida) faham tentang bola sepak? Apapun saya puji niat beliau nak ambil alih Kelantan FC.
“Tetapi kena ada persiapan rapi. Beliau juga pernah menaja Kelantan sebelum ini (2016), jadi saya tahu beliau juga sudah boleh dapat gambaran situasi sebenar pasukan.
“Jangan cakap macam bina istana atas angin. Cakap memang cantik, tetapi realiti bola sepak tak ramai yang tahu. Hasrat beliau nak ambil alih (Kelantan FC) itu bagus tetapi dapatkan pihak yang boleh nasihat tentang bola sepak. Kalau ambil alih tetapi ilmu bola sepak tiada... memang susahlah,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.
Sejak beberapa minggu lalu, Kelantan FC dibadai dengan pelbagai masalah termasuk dakwaan pemiliknya, Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham ‘menahan’ gaji pemain.
Malah, ejen bola sepak dari Korea Selatan, Myeongho Jeong pernah mendakwa bekas jurulatih Kelantan FC, Choi Moon-sik tidak diberi kuasa penuh untuk menentukan senarai pemain.
Di sebalik isu dalaman yang melanda, tiba-tiba nama Vida kembali ‘meletup’ apabila beliau secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk mengambil alih Kelantan FC.
Vida yang pernah menjadi penaja pasukan pantai timur itu pada tahun 2016 turut berhasrat meletakkan anak lelakinya, Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin atau dikenali sebagai Kacak untuk menjadi pengurus Kelantan FC. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 07 2023
!['Adakah Vida faham tentang bola sepak?' - Sathianathan 'Adakah Vida faham tentang bola sepak?' - Sathianathan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686096755_DatukSeriVida.jpg)
Vida pernah mencipta fenomena dalam saingan Liga-M apabila menjadi penaja Kelantan pada tahun 2016. - Gambar SINAR HARIAN
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
![Jurugambar sambilan didakwa cederakan pereka fesyen Razman, Razmi Jurugambar sambilan didakwa cederakan pereka fesyen Razman, Razmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736490409_TBJURUGAMBAR.jpg)
Jurugambar sambilan didakwa cederakan pereka fesyen Razman, Razmi
Seorang jurugambar bebas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan pereka fesyen, Razman dan Razmi, Rabu lalu.
![Ada surat sita barang, tapi tiada waran masuk rumah - Vida Ada surat sita barang, tapi tiada waran masuk rumah - Vida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732668275_TBDatukVida.jpg)
Ada surat sita barang, tapi tiada waran masuk rumah - Vida
Vida berkata, plaintif berjaya memasuki kawasan rumah atas dasar kerjasama yang diberikan pekerja, namun ia di luar pengetahuannya.
![Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686441414_DatoSeriVida.jpg)
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
!['Adakah Vida faham tentang bola sepak?' - Sathianathan 'Adakah Vida faham tentang bola sepak?' - Sathianathan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686096755_DatukSeriVida.jpg)
'Adakah Vida faham tentang bola sepak?' - Sathianathan
"Jangan cakap macam bina istana atas angin. Cakap memang cantik, tetapi realiti bola sepak tak ramai yang tahu."
!['Ingatkan prank...' - Gugur air mata Cik B imbau kehilangan dua abangnya dalam kebakaran 'Ingatkan prank...' - Gugur air mata Cik B imbau kehilangan dua abangnya dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684659893_TBCikB.jpg)
'Ingatkan prank...' - Gugur air mata Cik B imbau kehilangan dua abangnya dalam kebakaran
Anak kepada usahawan popular Datuk Seri Vida, Cik B mengimbau detik-detik duka ketika kehilangan dua abang tercinta dalam kebakaran sekitar 10 tahun lalu.
!['Saya okey saja' - Shuib tak kisah DS Vida tumpang kasih anak-anaknya 'Saya okey saja' - Shuib tak kisah DS Vida tumpang kasih anak-anaknya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658982315_ShuibAnak.jpg)
'Saya okey saja' - Shuib tak kisah DS Vida tumpang kasih anak-anaknya
Menurut Shuib, dia tidak mempunyai masalah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Vida dan dalam masa yang sama, turut menghormati pendapat netizen mengenai hal berkenaan tersebut.
!['Saya akan tegur dia' - Didie Alias nasihat Ifa Raziah agar berpada-pada 'Saya akan tegur dia' - Didie Alias nasihat Ifa Raziah agar berpada-pada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655435120_Didiealiasnasihat.jpg)
'Saya akan tegur dia' - Didie Alias nasihat Ifa Raziah agar berpada-pada
Gaya promosi juga perlu diberi perhatian agar objektif untuk menggalakkan pengunjung datang ke acara yang dikelolakan tercapai.
![Iqbal dicemuh kerana bercita-cita 'ganti' Justin Bieber menyanyi di konsert Iqbal dicemuh kerana bercita-cita 'ganti' Justin Bieber menyanyi di konsert](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655091647_IqbalZulkefli.jpg)
Iqbal dicemuh kerana bercita-cita 'ganti' Justin Bieber menyanyi di konsert
Iqbal memberitahu dia sedia menggantikan Justin Bieber menyanyi untuk rakyat Malaysia berikutan konsert artis antarabangsa itu ditunda.
![Netizen tegur MV Raya Datuk Vida, didakwa ada unsur 'drag queen' Netizen tegur MV Raya Datuk Vida, didakwa ada unsur 'drag queen'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651368831_DragQueen.jpg)
Netizen tegur MV Raya Datuk Vida, didakwa ada unsur 'drag queen'
Video lagu raya berjudul "Muah Muah Raya" itu didakwa tidak menghormati hari raya kerana menampilkan beberapa penari 'drag queen'.
![Lelaki muda dan kacak pilihan DS Vida sebagai PA baharu Lelaki muda dan kacak pilihan DS Vida sebagai PA baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645858714_TBdatukvida.jpg)
Lelaki muda dan kacak pilihan DS Vida sebagai PA baharu
Syed Qusyairy Syed Mahmud Iskandar ditawarkan gaji RM10,000 sebagai pembantu peribadi Datuk Seri Vida.