KUALA LUMPUR: Pelumba Malaysia Adam Norrodin bersedia untuk membuat penampilan sulung dalam saingan Moto2 bersama pasukan Petronas Sprinta Racing sebagai pengganti Jake Dixon pada perlumbaan Grand Prix (GP) Britain hujung minggu ini.
Penunggang berusia 23 tahun itu, yang kini bertanding pada Kejohanan CEV FIM dan kini menghuni tangga kelima dalam kedudukan Moto2 setelah meraih tiga podium, akan menjadi pengganti pelumba Britain itu di Litar Silverstone.
Dixon mengosongkan tempatnya susulan dinaikkan ke kelas perdana bersama pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing menggantikan Cal Crutchlow, yang dipanggil bagi menggantikan Maverick Vinales dalam pasukan Yamaha.
Crutchlow sendiri dibawa masuk pada pertengahan musim sebagai pengganti pelumba Itali, Franco Morbidelli, yang semakin pulih daripada pembedahan lutut kiri pada hujung Jun lalu.
Adam, yang membuat penampilan sulung dalam saingan Moto3 pada 2016 bersama pasukan yang ketika itu dikenali sebagai SIC Racing Team selama tiga musim, berjaya merangkul tujuh kedudukan 10 teratas, termasuk tangga kelima pada GP Argentina 2018 selain mencatat pusingan terpantas di GP Malaysia pada 2017.
"Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata apa yang saya rasa untuk kembali menyertai kejuaraan dunia di Silverstone, tetapi saya amat gembira dan tidak sabar untuk beraksi. Ia satu penghormatan besar.
"Saya akan cuba melakukan sebaik mungkin dan saya amat teruja untuk beraksi dalam saingan Moto2 di GP Britain," kata pelumba berasal dari Johor itu dalam satu kenyataan dikeluarkan pasukannya.
Sementara itu Prinsipal Pasukan, Datuk Razlan Razali berkata, ia peluang yang tepat pada masanya bagi Adam untuk terus berkembang dan membina penanda aras bagi dirinya dalam bersaing dengan pelumba lain pada kejuaraan dunia Moto2..
"Adam telah menunjukkan prestasi yang baik dalam kejohanan CEV FIM, apabila beliau ketika ini menduduki tangga kelima dan meraih beberapa podium tahun ini.
"Beliau berhak mengambil kelebihan susulan kekosongan tempat dalam Moto2 selepas Dixon dinaikkan taraf dan kami tidak sabar untuk melihat beliau beraksi bersama pasukan ini di Silverstone.
"Inilah objektifnya memiliki struktur seperti kami dan apabila situasi sebegini, kita dapat menempatkan bakat muda Malaysia ke dalam pasukan.
"Lebih-lebih lagi apabila GP Malaysia dibatalkan, ini mungkin satu-satunya masa pada tahun ini buat peminat Malaysia menyaksikan seorang lagi pelumba negara beraksi dalam Moto2," katanya.
Razlan berkata mereka tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada Adam sebaliknya pelumba itu boleh menimba pengalaman berguna.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 23 2021

Adam yang bertanding pada Kejohanan CEV FIM kini menghuni tangga kelima dalam kedudukan Moto2. -Gambar Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Adam Norrodin kecewa gagal tamatkan perlumbaan
Adam hanya sempat melengkapkan lima daripada 18 pusingan di Litar Sepang, terjatuh di selekoh keempat.

Adam Norrodin tarik diri daripada GP Aragon
Pelumba berumur 21 tahun yang menggantikan Khairul Idham Pawi itu mengalami kecederaan di bahu kiri selepas terbabit dalam kemalangan.

Adam lebih tenang hadapi GP Malaysia hujung minggu ini
Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin mengakui lebih tenang untuk mengharungi perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2018 di Litar Antarabangsa Sepang, hujung minggu ini.