Dua ahli sukan dan dua bekas atlet kebangsaan menerima anugerah Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP) pada Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak kali kedua sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak Tahun 2017 di Istana Iskandariah, di sini, hari ini.
Dua ahli sukan itu ialah pemenang pingat emas dan pemegang rekod baharu acara lompat kijang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 baru-baru ini, Muhammad Hakimi Ismail dan pemain bola sepak, Mohamad Nasir Basharudin.
Manakala dua belas atlet berkenaan ialah pelari 400 dan 800 meter negara yang pernah bertanding di Sukan Olimpik Seoul 1988, Josephine Mary dan pemenang pingat emas rejam lembing Sukan SEAP 1961 di Myanmar, Ng Kah Liew.
Mereka adalah antara 299 penerima pingat dan darjah kebesaran yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya binti Tunku Abdul Halim Muadzam Shah.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta barisan Exco kerajaan negeri Perak.
Seramai empat orang menerima Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM), 28 menerima Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP), 10 menerima Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM), 65 menerima
AMP, 92 menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 96 menerima Pingat Jaksa Kebaktian (PJK) dan empat Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).
Antara penerima PPT ialah jurulatih perahu layar, Mohd Nazri Seman yang juga bapa kepada dua pelayar kebangsaan, Nor Adriana Adlyna dan Nor Nabila Natasha.
Antara yang menerima PJK pegawai keselamatan Menteri Besar, Sarjan Badrul Izwan Mohd Noor.
Sementara itu, Josephine Mary ketika ditemui berkata, anugerah itu didedikasikan kepada kedua ibu bapanya yang telah banyak memberi galakan dan semangat kepadanya sehingga dicalonkan sebagai Olahragawati Kebangsaan empat tahun berturut-turut sejak 1988.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak kerana turut memainkan peranan terhadap penganugerahan itu.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Nov 11 2017

Josephine Mary, Ng Kah Liew, Mohamad Nasir Basharudin dan Muhammad Hakimi Ismail menerima anugerah Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP) pada Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak kali kedua sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, pada 4.39 petang tadi.

Kad Kredit G-Card Visa BSN-MAKSAK khusus untuk penjawat awam dilancar
Kad kredit jenama bersama BSN-MAKSAK yang pertama kali dikeluarkan BSN untuk penjawat awam itu menawarkan caj kewangan 8.88 peratus setahun, paling rendah berbanding kadar pasaran semasa.

Ahli sukan, bekas atlet terima anugerah darjah kebesaran
Mereka adalah antara 299 penerima pingat dan darjah kebesaran yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.