KUALA LUMPUR: Legenda sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun antara nama disebut-sebut sebagai calon ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan dalam persediaan negara menghadapi Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini.
Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, berkata terdapat 12 nama yang sudah dikenal pasti berada dalam radar badan induk berkenaan dan nama ketua jurulatih skuad kebangsaan itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
"Semasa mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan (JKK) bersama Majlis Sukan Negara (MSN) tadi, kita hanya memutuskan mengenai jumlah jurulatih dan pemain.
"Malam ini (Khamis) Datuk Abdul Halim Suleiman selaku Pengerusi Pemilihan akan bermesyuarat dan berbincang dengan beberapa ahli jawatankuasa memilih pemain dan jurulatih.
"Antaranya nama Ahmad Jais (selain) beberapa (senarai nama) cadangan lain.
"Itu akan diputuskan malam ini namun keputusannya hanya akan diketahui dalam masa seminggu," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat JKK MSN, pada Khamis.
Tekong pemenang pingat emas Sukan Asia Hiroshima 1994, Ahmad Jais bukan nama asing dalam arena sepak takraw negara yang mana beliau pernah mengemudi pasukan Johor menjuarai Kejohanan Piala Emas Khir Johari buat julung kalinya, Disember tahun lepas.
Pada 7 Jun lepas, Azhar Sarabini dilantik sebagai ketua jurulatih baharu skuad lelaki negara menerusi mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Konfederasi Sepak Takraw Malaysia (MSC).
Menyentuh mengenai persediaan ke Sukan SEA Kemboja 2023 yang akan berlangsung 6 hingga 16 Mei ini, Mohd Sumali berkata pihaknya akan membentuk pasukan terbaik untuk menyertai acara chinlone.
"Kita akan cuba menyertai chinlone. Dalam perbincangan tadi belum putuskan kerana ia Kategori B. Namun, kita sudah memutuskan mengenai penyertaan dan jumlah pemain," katanya.
Acara chinlone kembali ke sukan serantau itu selepas enam tahun, sukan tradisi Myanmar itu menawarkan 12 pingat emas - empat masing-masing dalam acara lelaki, wanita dan campuran manakala enam emas acara lelaki dan empat emas wanita dipertandingkan dalam sepak takraw.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 09 2023
![Ahmad Jais antara calon ketua jurulatih baharu skuad sepak takraw negara Ahmad Jais antara calon ketua jurulatih baharu skuad sepak takraw negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671557315_SepakTakraw.jpg)
Legenda sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun antara nama disebut-sebut sebagai calon ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan dalam persediaan negara menghadapi Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini. - Gambar hiasan
[TERKINI] Harga lantai belian padi diselaras RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini
Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 per tan berbanding RM1,300 per tan berkuat kuasa Ahad ini.
![Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429986_tbFahmiFadzilDewan.jpg)
Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.
AWANI Ringkas: PPR: RM185 juta diperuntuk baik pulih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739427948_tbAnwarIbrahimmel.jpg)
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Kerajaan telah memperuntukkan RM185 juta untuk projek baik pulih 358 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara tahun ini.
![4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan 4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739429620_TBTaiwanExplosion.jpg)
4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.
"Sebab itu Machang tidak maju" - PM Anwar
Perdana Menteri menjawab persoalan dari Ahli Parlimen Machang mengenai isu kejatuhan saham ekonomi negara.
“Saya akan kaji beberapa keperluan untuk Machang supaya Machang boleh maju sedikit lagi"katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
“Saya akan kaji beberapa keperluan untuk Machang supaya Machang boleh maju sedikit lagi"katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723548182_TBAdnanMat.jpg)
Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
![Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739428519_tbAnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.
![Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739427472_TBRafizi.jpg)
Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan.
![Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739426994_tbkemalanganmautt.jpg)
Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa
ACP Abdul Rozak Muhammad berkata lelaki tempatan berusia 21 tahun itu meninggal dunia pada 1.10 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
![Ahmad Jais antara calon ketua jurulatih baharu skuad sepak takraw negara Ahmad Jais antara calon ketua jurulatih baharu skuad sepak takraw negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671557315_SepakTakraw.jpg)
Ahmad Jais antara calon ketua jurulatih baharu skuad sepak takraw negara
Legenda sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun antara nama disebut-sebut sebagai calon ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan dalam persediaan negara menghadapi Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini.