KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, bersara wajib secara rasmi hari ini selepas 35 tahun menyumbang bakti dan tenaganya bersama dengan agensi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu.
MSN, dalam satu hantaran di laman Facebooknya, mengucapkan terima kasih di atas jasa dan dorongan yang diberikan oleh Ahmad Shapawi, 60, sepanjang berbakti sejak tahun 1988.
"Selamat menempuhi alam persaraan, semoga sentiasa berbahagia bersama keluarga tercinta," menurut hantaran itu.
Ahmad Shapawi, yang menyambut ulang tahun kelahirannya, hari ini, telah meneraju MSN bermula 2014 menggantikan Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut mengucapkan selamat bersara kepada Ahmad Shapawi sekali gus menyifatkan beliau merupakan pemimpin yang berpengetahuan besar ketika menggalas jawatannya.
"Terima kasih Datuk Ahmad Shapawi kerana banyak berkongsi pengalaman di KBS. Hari ini, MSN kehilangan sumber pengetahuan dan kepimpinan mereka selama ini.
"Happy birthday Datuk Shapawi dan semoga Datuk menikmati kualiti masa persaraan ini bersama Datin, anak-anak dan cucu!
"Saya telahpun berkongsi pandangan peribadi saya tentang persaraan beliau kepada kepimpinan tertinggi Kementerian, semalam. Dengan linangan air mata. Beliau akan terus dirindui," kata Hannah dalam hantaran di Facebooknya.
Ahmad Shapawi memulakan khidmatnya dengan MSN sebagai Pegawai Belia dan Sukan pada 1988 hingga 1996, Pengarah Bahagian Persediaan Antarabangsa (1996-2005), Pengarah Bahagian Dasar (2005-2007) dan Pengarah Bahagian Atlet (2007-2012).
Beliau kemudian bertukar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN) dari 16 Jun 2012 hingga 16 Jun 2013 sebelum dilantik selaku Pesuruhjaya Sukan dari 17 Jun 2013 hingga 18 Dis 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2023
Hannah Yeoh turut mengucapkan selamat bersara kepada Ahmad Shapawi sekali gus menyifatkan beliau merupakan pemimpin yang berpengetahuan besar ketika menggalas jawatannya. - Gambar/ FB Hannah Yeoh
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Polis terima 182 laporan terhadap Hannah Yeoh
Polis menerima 182 laporan dibuat terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hanna Yeoh yang didakwa berhasrat memurtadkan umat Islam.
Srikandi Bersatu desak PDRM segera siasat Hannah Yeoh
Nolee Ashilin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang usaha yang mengancam keharmonian dan kestabilan negara.
'Becoming Hannah': 7 laporan polis dibuat terhadap Hannah Yeoh
Polis setakat ini menerima tujuh laporan terhadap Hannah Yeoh berhubung penerbit buku berjudul Becoming Hannah yang dipercayai mengandungi unsur penyebaran agama Kristian.
Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
Beliau berkata kegagalan itu antaranya berpunca daripada cadangan yang dihantar kepada pihak berkenaan turut memasukkan perkara-perkara tidak perlu.
Musa Hassan akan terus bercakap, pertahankan negara dari ancaman - Peguam
Musa mengucapkan syukur atas keputusan mahkamah dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan beliau.
Mahkamah tolak saman fitnah Hannah Yeoh terhadap Musa Hassan
Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohamed Apandi membuat keputusan berkenaan selepas mendapati plaintif gagal membuktikan kenyataan dibuat oleh defendan (Musa) adalah fitnah.
Hannah gesa atlet elak jalan singkat 'kejar' kekayaan
Katanya, kemenangan dalam sukan harus dicapai dengan bermaruah dan integriti agar kejayaan yang dikecapi dapat dibanggakan dan dihormati.
KBS kecam insiden pergaduhan penyokong bola sepak di stesen LRT
Katanya menang atau kalah adat pertandingan, namun tidak bermakna boleh bertindak sewenangnya hingga merosakkan aset kerajaan dan harta benda awam.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia, permohonan maaf memadai - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pemohonan maaf daripada pihak penaja Lee Zii Jia, Victor berhubung isu Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain itu sudah memadai.
Hannah harap prestasi Harimau Malaya lebih meningkat di bawah bimbingan Cklamovski
Beliau yakin dengan pemilihan yang dibuat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).