Pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors kini memperoleh nafas baharu sebaik sahaja pasukan itu dibeli oleh seorang ahli perniagaan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham.
Bagi Norizam, pasukan bola sepak Kelantan itu mempunyai kumpulan penyokong yang kuat dan amat merugikan sekiranya kelab itu tidak diurus dengan baik.
“Kelantan mempunyai penyokong yang kuat jadi kalau tak selamatkan... sayang... cuma masalah hutang yang menghantui mereka, jadi saya selesaikan dan saya rasa Kelantan boleh pergi jauh,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Ditanya berhubung perancangan beliau terhadap pasukan itu, katanya perkara yang menjadi keutamaan ketika ini adalah menyelesaikan segala hutang selain isu lesen yang membelenggu kelab berkenaan sebelum ini.
“Misi kita sekarang ini hendak selesaikan dulu isu pelesenan, sebab bagi saya itu yang paling utama, kemudian isu gaji pemain kita mula bayar setiap bulan.
“Keyakinan pemain itu penting... jadi kalau pemain itu sendiri dah mula yakin insya-Allah pada saya pasukan itu akan berjalan dengan baik,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Norizam menjelaskan membeli pasukan itu dengan harga RM3 juta manakala RM3.8 juta lagi merupakan wang pendahuluan diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi menyelesaikan tunggakan pembayaran.
Norizam yang mahir dalam bidang pelaburan itu yakin tindakan membeli pasukan jaguh Pantai Timur itu mampu membawa keuntungan terhadap perniagaannya.
The Red Warriors sebelum ini berdepan pelbagai kemelut termasuk isu tunggakan gaji dan masalah pengurusan sehingga menjejaskan prestasi pasukan.
Hilmi Malik
Thu Sep 03 2020
Norizam bergambar bersama pengurusan tertinggi syarikat Team The Red Warriors (TRW) Sdn Bhd dan pemain pasukan Kelantan The Red Warrior selepas Majlis Penswastaan Kelab Bola Sepak TRW Kelantan FC, hari ini. -Bernama
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.
Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.
Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.
Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.
Neymar pulang ke Brazil, secara rasmi tamatkan kontrak Al-Hilal
Neymar juga hanya merekodkan dua penampilan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), musim ini.
Hai-O bakal dilantik sebagai penolong Peter Cklamovski?
Kembalinya semula Hai-O ke FAM dianggap sebagai 'pejuang' pemain tempatan dalam skuad kebangsaan nanti.
Peroleh satu mata petanda positif kebangkitan semula Penang FC - Jurulatih
Satu mata cukup bermakna dikutip Penang FC dalam perlawanan penuh dramatik menentang pasukan di tangga kedua liga Selangor FC di Stadium Bandaraya, malam tadi.
Kapten Manchester City, Kyle Walker sertai Milan secara pinjaman
Nilai perpindahan Walker dianggarkan sekitar 4.2 juta pound (RM24.8 juta).
Prinsip pintu terbuka Cklamovski penting tetapi pemilihan pemain harus teliti - Pakar
Prinsip pintu terbuka Ketua Jurulatih Kebangsaan Peter Cklamovski yang memberi peluang sama rata kepada semua pemain mencerminkan visi progresifnya.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.