IPOH: Perlawanan antara Malaysia dan Afrika Selatan pada saingan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, malam tadi, ditunda selepas 14 minit perlawanan bermula berikutan hujan lebat.
Perlawanan yang bermula jam 8 malam itu menyaksikan Afrika Selatan mendahului 1-0, hasil jaringan padang oleh CameronYves Le Forestier pada minit ke-11.
Selepas menunggu kira-kira sejam untuk keadaan cuaca pulih, Perwakilan Teknikal Perlawanan, Muneer Mohamed, memutuskan menunda perlawanan itu ke hari Ahad jam 5 petang dan perlawanan akan dimulakan dari minit ke-14.
Pada perlawanan ketiga malam tadi, skuad bimbingan A. Arul Selvaraj mempamerkan aksi yang lebih fokus dan disiplin yang tinggi untuk menjayakan misi wajib menang menentang Afrika Selatan.
Speedy Tigers terlebih dulu mengasak kubu Afrika Selatan namun empat pukulan sudut penalti gagal dimanfaatkan tuan rumah.
Sementara itu, Arul Selvaraj pada sidang medianya menyatakan keadaan padang yang becak dan hujan lebat sedikit sebanyak mengganggu perancangan pasukannya.
"Malam ini corak permainan kita adalah bermain secara pantas dan jika keadaan padang basah atau berat maka ia agak menyukarkan malah perlu berubah strateginya.
"Walaupun ketinggalan satu gol kami perlu positif dan perlawanan Ahad ini kami perlu fokus dengan bermula semula seolah-olah ia perlawanan baharu, kita tidak mahu pemain tertekan memikirkannya," katanya.
Sebelum itu, perlawanan antara Jepun dan Pakistan berkesudahan 2-2 manakala Mesir dan Korea Selatan terikat tanpa jaringan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 04 2022

Pemain Negara Azuan Hasan (kiri) berebut bola dengan Cameron Yves Norman Le Forestier (kanan) pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022 di Stadium Azlan Shah, Ipoh, malam tadi. --fotoBERNAMA

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.

Aksi Malaysia lawan Afrika Selatan ditunda ke Ahad ekoran hujan lebat
Perlawanan itu menyaksikan Afrika Selatan mendahului 1-0, hasil jaringan padang oleh CameronYves Le Forestier pada minit ke-11.

Pemain hoki negara perlu manfaat peluang, bukti kemampuan - Van Huizen
Semua pemain hoki negara perlu manfaatkan peluang dan membukti keupayaan mereka setanding dengan tonggak utama yang kini tiada dalam skuad kebangsaan.

Hoki: Malaysia tewas 2-3 di tangan juara dunia Australia
Malaysia mengalami kekalahan kedua pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-24, setelah tumpas 2-3 kepada Australia di Stadium Sultan Azlan Shah di sini, malam ini.