MELAKA: Pesilat negara Mohd Al Jufferi Jamari mara ke pusingan separuh akhir kategori Tanding Kelas F Lelaki Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022, selepas menewaskan lawannya dari Filipina Alvin T Campos dalam aksi yang tegang.
Pada perlawanan itu, beberapa insiden kekasaran berlaku selain bantahan dibuat pasukan Filipina sebelum juara dunia tiga kali itu, menang dengan keputusan 59-41.
Mohd Al Jufferi mengakui aksi agresif pihak lawan, hampir saja membuatkannya hilang pertimbangan kerana amarah.
"Memang saya agak emosi tadi dengan caranya berlawan dan hampir hilang sabar pada pusingan akhir. Saya tak salahkan dia (Alvin) tetapi caranya agak tidak menyenangkan, terutama ketika menyerang.
"Bila saya pegang tubuh dia ketika menyerang, dia kata (saya) menipu sedangkan dalam peraturan baharu, teknik kunci itu dibenarkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan pada Jumaat.
Katanya beliau sudah menjangkakan perlawanan tersebut akan berlangsung dalam keadaan tegang, memandangkan telah bertemu Alvin sebanyak empat kali sebelum ini, dalam kejohanan berbeza dalam kelas E.
"Cara dia (Alvin) tidak pernah berubah dan anggap itu kelebihan dia. Bagi saya, saya tak boleh mengaku kalah dan wajib untuk saya pertahankan diri daripada dicederakan, terutama apabila dia tahu mengenai kecederaan saya sejak dari awal.
"Paling utama, saya tidak mahu memalukan negara dengan gaya lawan saya," katanya.
Menyentuh aksi separuh akhir menentang wakil Algeria Zetout Abdelmk esok, Mohd Al Jufferi yakin dengan strategi yang disusun oleh barisan jurulatihnya.
Zetout sebelum itu menewaskan pesilat dari Pakistan Muhammad Ammar dengan keputusan 55-11.
Edisi kejuaraan ke-19 yang berlangsung selama enam hari sehingga Ahad di Melaka International Trade Center (MITC), disertai lebih 500 peserta dari 40 negara termasuk Indonesia, Thailand, Filipina, Kanada, Vietnam dan Malaysia selaku tuan rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022

Al Jufferi Jamari (kiri) ketika beraksi menentang pesilat dari Filipina Alvin T. Campos pada perlawanan peringkat suku akhir kategori Tanding di Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka dekat Ayer keroh. - Foto BERNAMA
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Al Jufferi mara ke separuh akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022
Pesilat negara Mohd Al Jufferi Jamari mara ke pusingan separuh akhir kategori Tanding Kelas F Lelaki Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022, selepas menewaskan lawannya dari Filipina Alvin T Campos.

Al Jufferi berkampung dua bulan di Nilai hadapi Kejohanan Silat Dunia 2022
Bekas juara dunia berusia 30 tahun itu berkata Nilai menjadi lokasi pilihan kerana beliau mahu persekitaran yang jauh dari bandar untuk lebih fokus.