KUALA LUMPUR: Bergelut dengan kecederaan bahu kanan sejak Mei lepas tidak mematahkan semangat jaguh silat negara Mohd Al Jufferi Jamari yang optimis mempertahankan pingat emas Kejuaraan Silat Dunia, yang akan bermula Selasa depan di Ayer Keroh, Melaka.
Pesilat berusia 30 tahun itu yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk bersara akan membuat penampilan keempat di pentas berprestij itu, tekad menutup kerjayanya dengan mencipta kenangan manis bagi mendedikasikan pingat emas terakhir kepada tanah air tercinta.
Mohd Al Jufferi yang sebelum ini menunjukkan prestasi cemerlang muncul juara edisi 2012, 2015 dan 2016 bagi acara kelas Putra E (65-70 kilogram) melakar sejarah sebagai pesilat pertama negara memenangi hatrik emas Kejuaraan Dunia itu sejak ia dianjurkan pada 1982.
"Kondisi badan saya sekarang sekitar 80 peratus, ketika latihan semalam juga bahu ada terkeluar sedikit, oleh itu kena buat pembedahan kalau tidak mahu jadi 'frozen shoulder' atau bahu kaku. Namun, saya dah bincang dengan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan buat keputusan untuk teruskan.
"Kesakitan itu tidak mematahkan semangat dan keyakinan saya untuk beraksi cemerlang sebab saya memang dilahirkan sebagai atlet yang perlu terus berjuang dalam apa jua keadaan," katanya kepada pemberita semalam.
Mohd Al Jufferi yang turut meraih empat pingat emas Sukan SEA berturut-turut bermula 2011 hingga 2017, berkata kecederaan dan kesakitan bahu tahap serius adalah antara risiko yang perlu dihadapi, namun strategi dan teknik berhadapan pihak lawan sudah dibincangkan bersama barisan kejurulatihan sekiranya perkara berkenaan berulang.
Dalam pada itu, beliau turut memberi bayangan memerlukan rehat yang panjang selepas persaraannya bagi memberi ruang kepada rehabilitasi kecederaan sepanjang 15 tahun kerjayanya dalam dunia persilatan dan memberi tumpuan kepada keluarga.
"Saya juga perlu rehat yang lama sedikit selepas bersara sebab dalam keadaan anak saya sekarang (menghidap kanser) yang memerlukan kehadiran seorang ayah jadi saya mahu berada di samping keluarga," katanya.
Beliau juga menasihati atlet silat muda negara untuk meningkatkan tahap mental terutamanya apabila berada dalam dunia pertempuran yang memerlukan semangat juang tinggi bagi terus menyumbang pingat untuk tanah air tercinta.
Edisi kali ini yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, Melaka bermula pada 26 hingga 31 Julai ini akan menyaksikan Mohd Al Jufferi beraksi dalam Kelas F (70-75 kilogram).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 21 2022

Al Jufferi mahu menutup kerjaya dengan mencipta kenangan manis iaitu mendedikasikan pingat emas terakhir kepada tanah air tercinta. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

Silat: Jufferi lengkapkan gelaran keempat juara dunia
Jaguh silat negara, Mohd Al Jufferi Jamari melengkapkan koleksi kejuaraan dunia keempatnya apabila merangkul pingat emas pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 malam tadi.

Siti Rahmah, Al Juffri tepati sasaran ke pentas akhir
Jaguh silat negara Siti Rahmah Mohamed Nasir dan Mohd Al Jufferi Jamari menepati ramalan, apabila mara ke pusingan akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022.

Pesilat negara mula langkah kanan di Kejuaraan Pencak Silat Dunia
Biarpun kecederaan pada bahu kanan masih belum sembuh sepenuhnya, Mohd Al Jufferi Jamari tetap ampuh apabila bermula langkah kanan pada saingan hari pertama Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022.

Al Jufferi tekad buru emas keempat Kejuaraan Silat Dunia sebelum bersara
Mahu menutup kerjaya dengan mencipta kenangan manis iaitu mendedikasikan pingat emas terakhir kepada tanah air tercinta.

Kem silat negara tutup cabaran di Singapura dengan lima pingat perak
Nasib tidak menyebelahi lima pesilat negara selepas terpaksa akur membawa pulang pingat perak pada hari terakhir.

Malaysia raih empat emas Kejuaraan Pencak Silat Asia di China
Skuad pencak silat negara menutup musim 2019 dengan catatan cemerlang selepas merangkul empat pingat emas, lapan perak dan lapan gangsa pada edisi kelima Kejuaraan Pencak Silat Asia yang berakhir di Y

Akaun Twitter Syed Saddiq 'diserang' netizen Indonesia
Pesilat harapan emas negara terpaksa akur merangkul pingat perak selepas tewas kepada pesilat tuan rumah, Komang Harik Adi Putra, 1-4.

Sukan Asia 2018: Wajarkah tindakan pesilat negara menarik diri?
Berbaki dua saat sebelum aksi tamat, juara dunia 2016 dan pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) itu melangkah keluar gelanggang.

Saya tewas kerana ketidakadilan - Al Jufferi
Mohd Al Jufferi mendakwa aksi final yang disaksikan ribuan penyokong tuan rumah telah dicemari keputusan berat sebelah oleh juri yang mengadili perlawanan akhir tersebut.

'Kamu tetap pemenang di mata dan hati kami semua brother Al Jufferi' - Syed Saddiq
Syed Saddiq hadir beri sokongan kepada Al Jufferi selepas pesilat negara itu kecewa dengan juri dan terpaksa menarik diri dari perlawanan final.