PESILAT negara, Muhammad Al-Jufferi Jamari, mencabar diri dalam bidang lakonan menerusi filem pertamanya, "Syahadan" yang berkisahkan tentang seni tempur dan kehidupan.
Juara dunia tiga kali itu sempat berkongsi pengalamannya membintangi sebuah karya filem silat Melayu itu bersama wartawan Astro Arena, Fariha Razak.
"Saya menjadi pelakon utama mengenai seorang budak yang nakal dan mula terbabit dalam silat hingga menjadi orang yang berguna.
"Misi saya dalam dunia lakonan ini adalah mahu buat yang lebih luar biasa daripada yang kita sering tengok.
"Saya perlu beraksi lebih kurang Jackie Chan tetapi bukanlah berlawak ketika berlawan.
"Saya perlu menggunakan bahan misalnya baldi untuk pukul orang.
"Sebelum itu, saya memerlukan masa seminggu untuk berlatih -- duduk di depan cermin -- untuk memastikan karakter saya tidak nampak kayu, boleh buat orang sampai benci menontonnya.
"Babak paling sukar ialah berlawan kerana kami pukul betul-betul," katanya.
Bagaimanapun, dia masih berat untuk meninggalkan cinta pertamanya terhadap silat.
"Saya tidak rasa nak undur diri lagi dalam silat. Kalau saya masih mampu berada dalam MSN (Majlis Sukan negara) sebagai atlet, saya akan pilih silat.
"Lakonan hanya sebagai sampingan, dalam dua bulan lagi filem ini akan mula diperkenalkan."
Astro Arena
Sat Mar 13 2021

Walaupun telah menceburi bidang lakonan, Muhammad Al-Jufferi masih berat untuk meninggalkan cinta pertamanya iaitu terhadap sukan silat.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Thamaraj, atlet silat berbangsa India pertama negara raih juara dunia
Kemenangan Thamaraj menyaksikan dia menewaskan wakil Uzbekistan, Khudoyberdiev Diyorbek, dalam pertarungan akhir kategori bebas putera.

'Honor of Kings' bawakan pek bahasa Melayu bersama dialek negeri, 'skin' karakter silat
Wira-wira bertutur dalam dialek negeri seperti Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah, Pulau Pinang, Pahang, dan Sarawak.

SUKMA 2024: Sabah bolot empat emas di gelanggang silat
Pesilat Sabah mencipta sensasi selepas menyambar empat daripada 20 pingat emas yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Stadium Bandaraya Miri hari ini.

Sukma 2024: Polis buka kertas siasatan insiden di gelanggang silat
Polis membuka satu kertas siasatan berkaitan insiden membaling objek dipercayai botol air ke dalam gelanggang saingan acara silat Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Stadium Bandaraya Miri, semalam.

AUG 2024: Taekwondo dan silat jelma satu emas
Emas dari taekwondo hadir dalam acara poomsae berpasukan wanita dibarisi Nur Humaira Abdul Karim, Seah Jing Ying dan Wong Zin.

Silat di Masjid Nabawi: Jemaah dinasihat betulkan niat ke tanah suci
Beliau berkata niat selain tujuan ibadat itu dikhuatiri bukan sahaja berpotensi menjejaskan ibadah, tetapi juga boleh mencalar nama baik negara.

Usaha lobi silat ke Sukan Asia 2026 dipergiat - Megat Zulkarnain
Usaha melobi untuk acara silat kembali tersenarai dalam program Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 sedang dipergiat.

KPM sedia pertimbang peruntukan bangunkan, memperkasa sukan tempur di sekolah
Ia bertujuan mencungkil bakat baharu dalam pelbagai sukan tempur menerusi latihan dan penganjuran acara atau pertandingan di sekolah.

Sukan SEA: Pesaka sasar dua emas daripada pesilat negara di Kemboja
Kem silat negara dijangka menyertai 17 daripada keseluruhan 22 acara yang dipertanding di Pusat Konvensyen Chroy Changvar.

Tiga pesilat Sarawak raih kemenangan dalam Kejuaran Silat Premier Antarabangsa 2023
Josh Chua, Shahamierul Shelby Mohamad Maiden dan Suhaiqal Suhardie berjaya melepasi halangan suku akhir dalam kategori yang ditandingi.