KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) Tun Mohd Ali Rustam dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Karate Dunia (WKF) dari 2022 hingga 2026.
WKF dalam satu kenyataan semalam berkata, pemilihan itu dibuat pada sesi pleno menjelang Kejohanan Kadet, Remaja dan Bawah 21 (B-21) Dunia di Konya, Turkiye.
WKF juga mengesahkan Antonio Espinos dari Sepanyol sebagai presidennya dan Jose Garcia Maanon dari Argentina selaku naib presiden pertama untuk persekutuan itu dan diikuti Naseer Alrazooqi dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk naib presiden kedua dan Bechir Cherif dari Tunisia sebagai naib presiden ketiga.
Badan pentadbir karate dunia itu juga melantik Toshihisa Nagura dari Jepun sebagai Setiausaha Agung.
"Sebagai tambahan kepada 17 wakil yang dilantik oleh Kongres WKF pada Selasa, dua lagi ahli dilantik dimasukkan ke dalam Jawatankuasa Eksekutif hari ini.
"Penyertaan Samantha Desciderio dari Mexico and Sarah Wennestrom dari Sweden selaku ahli dilantik ke dalam badan pembuat keputusan dialu-alukan," katanya.
Sementara itu, Espinos mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang tidak lagi bersama WKF di atas usaha dan sumbangan kepada kemajuan sukan karate dalam beberapa tahun sebelum ini dan mengalu-alukan ahli baharu ke dalam persekutuan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 28 2022

Tun Mohd Ali Rustam, Presiden Persekutuan Karate Malaysia. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Tun Mohd Ali ziarah keluarga, mangsa
Mohd Ali meluangkan masa kira-kira satu jam setengah untuk bertemu ahli keluarga dan mangsa kemalangan.

Mohd Ali junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas perkenan pelantikan YDP Melaka
Tun Mohd Ali Rustam menjunjung kasih dan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong atas perkenan melantik beliau sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka.

Melaka umum 24 Ogos cuti peristiwa sempena ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri
Kerajaan Melaka umum 24 Ogos depan sebagai cuti persitiwa sempena ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

Mohd Ali dipilih Tokoh Kepimpinan Sukan Anugerah SAM-100PLUS 2023
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2023.

Yang Dipertua Negeri Melaka terima jersi skuad Harimau Malaya
Ia sebagai tanda penghargaan FAM kepada Mohd Ali yang sentiasa memberi sokongan padu terhadap bola sepak negara.

Ali Rustam dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif WKF
Pemilihan itu dibuat pada sesi pleno menjelang Kejohanan Kadet, Remaja dan Bawah 21 (B-21) Dunia di Konya, Turkiye.

Pemilik akaun Twitter muat naik video berkaitan TYT Melaka dibebaskan
Pemilik akaun Twitter menggunakan nama Jay Jay Denis, yang ditahan berkaitan hantaran video dimuat naik di media sosial berkenaan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, dibebaskan semalam.

Ab Rauf nafi kepimpinan UMNO Melaka bakal bertukar
ADUN Tanjung Bidara itu berkata tiada isu yang timbul berkaitan kepimpinan UMNO negeri, ketika ini.

Acryl Sani dahului 58 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka
Acryl Sani dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri pada istiadat penganugerahan di Kompleks Seri Negeri di sini.

Kerajaan Melaka tumbang: Calon Ketua Menteri di bawah bidang kuasa TYT - Adly Zahari
Pelantikan Ketua Menteri Melaka yang baharu terletak di bawah bidang kuasa Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.