LIVERPOOL tidak teragak-agak untuk berbelanja besar demi memastikan gawangnya dijaga rapi. Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kini hampir pasti mendapatkan khidmat penjaga gol Roma, Alisson Becker.
The Reds dilaporkan sanggup membayar 70 juta Euro kepada Roma bagi melepaskan pemain kebangsaan Brazil berusia 25 tahun itu.
Jika bidaan itu berjaya, Alisson bakal melakar sejarah sebagai penjaga gol termahal dunia mengatasi rekod perpindahan Gianluigi Buffon dari Parma ke Juventus pada 2001 yang bernilai 53 juta Euro.
Rekod penjaga gol termahal EPL pula kini dipegang Ederson yang berhijrah ke Manchester City dari Benfica dengan nilai 40 juta Euro pada Jun 2017.
Alisson baru dua musim bersama gergasi Serie A itu dan musim lepas dia beraksi dalam 37 perlawanan. Dia memulakan karier profesionalnya bersama kelab Brazil, Internacional.
Dalam Piala Dunia 2018 lalu penjaga gol kebangsaan Brazil itu diturunkan dalam kesemua lima perlawanan sebelum juara lima kali itu tersungkur di peringkat suku akhir kepada Belgium.
Kedudukan Loris Karius selaku penjaga gol utama Liverpool bagai telur di hujung tanduk selepas beberapa kesilapan yang dilakukannya dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
Ia termasuk ketika Liverpool tewas 1-3 kepada Real Madrid dalam aksi akhir Liga Juara Eropah musim lepas.
Astro Awani
Wed Jul 18 2018

Aksi cemerlang Alisson bersama Brazil dan Roma memikat pengurusan Liverpool untuk dapatkan khidmat penjaga gol berusia 25 tahun ini. REUTERS
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Tolak gaji lumayan, Alisson tekad hormati kontrak Liverpool
Alisson Becker dedah tolak tawaran kelab Liga Pro Saudi, masih 'sangat gembira' dengan Liverpool.

Alisson Becker sama penting dengan Mohamed Salah, kata van Dijk
Alisson Becker adalah contoh kepada ramai pemain, khususnya penjaga gol.

Bapa penjaga gol Liverpool, Alisson mati lemas
Bapa penjaga gol Liverpool, Alisson Becker dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas di sebuah tasik berhampiran rumah percutiannya di bandar Rincao do Inferno, selatan Brazil.

Penalti James Milner selamatkan maruah the Reds
Liverpool kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Fulham 2-1 di Craven Cottage.

The Reds tidak lagi kebal
Leroy Sane muncul wira pasukan Manchester City dengan menjaringkan gol kemenangan pasukannya.

Liverpool jauh lebih hebat daripada Manchester United musim ini
Data perlawanan menunjukkan penguasaan penuh Liverpool walaupun bolos sekali di Anfield malam tadi.

Chelsea sambar penjaga gol baharu untuk yuran rekod dunia RM377 juta
Pembelian Kepa Arrizabalaga untuk ganti pemergian Thibaut Courtois ke Real Madrid pecahkan rekod perpindahan Alisson Becker dari AS Roma ke Liverpool.

Alisson bakal jadi penjaga gol termahal dunia
The Reds dilaporkan sanggup membayar 70 juta Euro kepada Roma bagi melepaskan pemain kebangsaan Brazil berusia 25 tahun itu.