KUALA LUMPUR: Beregu profesional lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin unggul meloloskan diri ke pusingan kedua kejuaraan All England 2023 selepas menyingkirkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang dan Wang Chi Lin, di Birmingham, malam tadi.
Turun sebagai pilihan kelapan kejohanan, Ee Yi-Yew Sin, bagaimanapun, terpaksa bekerja keras untuk menunjukkan jalan keluar kepada pasangan Taiwan itu apabila terpaksa bertarung sehingga ke set penentuan 12-21, 21-16, 21-18 selama 57 minit pada pusingan pertama.
Pasangan yang berada pada ranking kelapan dunia itu akan membuat perhitungan dengan juara bertahan, Muhammad Shohubul Fikri-Bagas Maulana dari Indonesia, bagi merebut tiket ke suku akhir, Khamis ini.
Sementara itu, beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing juga cemerlang apabila mara ke pusingan kedua dengan mudah menundukkan pasangan Indonesia, Rinov Rinaldy-Pitha Haningtyas Mentari, dalam perlawanan straight set, 21-19, 21-18.
Turun sebagai pilihan keenam kejohanan, Kian Meng-Pei Jing akan bertemu pasangan yang berada di ranking ke-16 dunia dan naib juara edisi 2021, Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo dari Jepun, pada pusingan kedua hari ini (Rabu).
Mengikut rekod pertemuan sebelum ini, beregu Jepun itu pernah menewaskan Kian Meng-Pei Jing yang kini menghuni tangga keenam dunia, sekali pada Terbuka Perancis pada Oktober lalu.
Sementara itu, beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, tewas mengejut pada pusingan pertama kepada pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara, 13-21, 21-15, 15-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 55 minit.
Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut mengalami nasib yang sama apabila ditundukkan pasangan Jepun, Yuki -Misaki dari Jepun, 19-21, 24-22, 17-21.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2023
Teo Ee Yi-Ong Yew Sin semasa bermain menentang Lee Yang dan Wang Chi Lin, di Birmingham, malam tadi. - Foto Twitter BAM
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Rexy optimis Tang Jie-Ee Wei tempah slot Olimpik di All England
Keyakinan itu berasaskan prestasi dipamerkan pasangan berkenaan pada Kejohanan Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China, Disember lepas.
Prestasi Zii Jia konsisten selepas bergelar profesional
Legenda perseorangan badminton negara Datuk Rashid Sidek berkata Zii Jia bermain dengan baik dan tidak jauh daripada prestasinya sebelum ini.
Nasihat Chong Wei bantu Zii Jia juarai All England
Zii Jia mengakui, Chong Wei kerap berhubung dengannya untuk memberikan kata-kata semangat.
All England: Pearly dan Thinaah tekad untuk bangkit daripada kegagalan
Beregu wanita negara yang semakin menyerlah Pearly Tan dan M. Thinaah, bertekad untuk melakukan yang terbaik dalam cabaran akan datang.
All England: Zii Jia tewas kepada Viktor Axelsen di separuh akhir
Dalam perlawanan separuh akhir itu, Zii Jia tewas 21-17, 13-21, 19-21 kepada Viktor, di Arena Birmingham, England.
Seluruh England: Aaron-Wooi Yik muncul naib juara
Set penentuan menyaksikan kedua-dua pasangan saling berkejar mata, namun Aaron dan Wooi Yik terperangkap dengan gerakan pasangan Indonesia.
Impian Goh-Shevon ke final All England musnah
Impian beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk mara ke pentas final kejohanan badminton All England 2019 tidak kesampaian.
Seluruh England: Jin Wei perlu kerah segala keringat
2018 menyaksikan Jin Wei membuat penampilan pertamanya dalam kejohanan ini namun dia disingkirkan Aya Ohori dalam pusingan kedua.
Dua beregu utama negara ke suku akhir Seluruh England
Dua beregu utama negara berjaya mengikut jejak Datuk Lee Chong Wei untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England yang berlangsung di Birmingham.
Chong Wei, empat beregu mara ke pusingan kedua Seluruh England
Pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei mengetuai cabaran negara mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Seluruh England yang berlangsung di Birmingham.