Gimnas berirama negara, Amy Kwan Dict Weng bangkit menebus kekecewaan semalam, dengan meraih pingat gangsa pada Kejohanan Gimnastik Berirama Asia 2018, yang berakhir hari ini.
Pada kejohanan berlangsung di Axiata Arena itu, menyaksikan gimnas berusia 23 tahun itu memenangi pingat gangsa dalam apparatus reben individu setelah mengumpul 13.700 mata.
Pingat emas acara berkenaan dimenangi Alina Adilkhanova dari Kazakhstan dengan kutipan 16.250 mata, manakala gimnas China Shang Rong meraih perak selepas mengumpul 14.450 mata.
"Saya benar-benar tidak jangka memenangi pingat kerana pungutan mata saya tidak berapa baik. Selepas menamatkan rutin, saya tidak tahu prestasi gimnas lain. Apabila mereka beritahu saya memenangi pingat gangsa, saya terkejut.
"Jumlah mata yang saya peroleh tidak terlalu tinggi. Dalam apparatus lain, peserta lain meraih sekitar 15.0 atau 16.0 mata. Dengan jumlah 13.700 mata, ia agak rendah," kata Amy.
Pemenang pingat emas Sukan Komanwel itu berkata dia tidak meletakkan harapan tinggi pada kejohanan berkenaan.
"Selepas Sukan Komanwel, saya hanya rehat dua hari bagi membuat persiapan untuk kejohanan ini dan dengan kecederaan pada pergelangan kaki kiri, saya tidak memaksa diri saya untuk melakukan yang terbaik," katanya.
Selain Amy, Rayna Hoh Khai Ling meraih pingat gangsa keduanya dalam kategori remaja.
Walaupun berasa letih, gimnas berusia 15 tahun itu mampu mempamerkan prestasi membanggakan.
"Saya berasa penat dan sedikit lesu. Saya tidak menyasarkan meraih pingat dalam sebarang apparatus hari ini. Saya hanya melakukan terbaik untuk mendapatkan keputusan yang baik. Sebelum memasuki gelanggang, saya tidak mempunyai banyak masa membuat latihan bagi rutin saya ini," kata Rayna, yang berjaya layak ke final dalam kesemua empat apparatus individu.
Dalam saingan hari ini, beliau meraih pingat gangsa dalam apparatus belantan individu final dengan memperoleh 14.150 mata.
Pingat emas dimenangi Sabina Bakatova dari Kazakhstan yang mengutip 14.900 mata, manakala Ekatarina Fetisova dari Uzbekistan memenangi perak dengan kutipan 14.700 mata.
Pelajar Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas itu memenangi pingat gangsa dalam acara all-around individu, semalam.
Selepas empat hari kejohanan, gimnas Malaysia memenangi empat pingat gangsa. -- Bernama
Bernama
Wed May 02 2018
![Amy tebus kesilapan, raih pingat gangsa Amy tebus kesilapan, raih pingat gangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81525275277_GimnasAxiata.jpg)
Amy (kanan) bersama pemenang pingat emas Kategori 'Senior Individual Apparatus Finals Ribbon', Alina Adikhanova dari Kazakhstan (tengah) dan pemenang pingat perak, China Rong Shang dari China.
![“Nak beli baju raya? Rancang kewangan terlebih dahulu!” - Pakar “Nak beli baju raya? Rancang kewangan terlebih dahulu!” - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81651644731_TBSHOPPINGRAYA.jpg)
“Nak beli baju raya? Rancang kewangan terlebih dahulu!” - Pakar
Boleh bergaya tapi jangan terjebak dengan hutang, nasihat Ketua Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya.
Malaysia harus percepatkan pertumbuhan produktiviti
Produktiviti Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan bagaimanapun tidak cukup pantas terutamanya jika dibandingkan dengan negara lain yang pernah berada pada kedudukan sama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.
![Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739544293_PPSHujanBaling.jpg)
Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.
#AWANIRingkas 21 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 21 Februari 2025
1️⃣ Syarat menjadi jururawat lebih longgar
2️⃣ Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
3️⃣ Tolak usaha pindah Palestin secara paksa
#awaniringkas
1️⃣ Syarat menjadi jururawat lebih longgar
2️⃣ Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
3️⃣ Tolak usaha pindah Palestin secara paksa
#awaniringkas
![TikTok LIVE Malaysia lancar kempen #BersamaDiRamadanRaya sempena musim perayaan TikTok LIVE Malaysia lancar kempen #BersamaDiRamadanRaya sempena musim perayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740106290_TikTokLive.jpg)
TikTok LIVE Malaysia lancar kempen #BersamaDiRamadanRaya sempena musim perayaan
Inisiatif musim perayaan itu berlangsung selama lapan minggu dengan merubah platform tersebut menjadi hab yang meriah dengan reka bentuk baharu.
AWANI Pagi: Merancang kewangan 2025: Persiapan raya dan keperluan sekolah
Tahun ini, cabaran besar menanti keluarga apabila musim persekolahan bertembung dengan sambutan Ramadan dan Aidilfitri.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.
![Boikot berterusan Starbucks, Maybank IB potong unjuran pendapatan Berjaya Food RM95 juta pada FY25 Boikot berterusan Starbucks, Maybank IB potong unjuran pendapatan Berjaya Food RM95 juta pada FY25](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740106082_StarbucksBoikot.jpg)
Boikot berterusan Starbucks, Maybank IB potong unjuran pendapatan Berjaya Food RM95 juta pada FY25
Katanya, kerugian bersih teras kumpulan pada 2QFY25 sebanyak RM31 juta menjadikan kerugian bersih teras 1HFY25 kepada RM65 juta.
![Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738906916_DatukMKumar.jpg)
Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.
![Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740102617_KedaiKarpetNilai.jpg)
Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.
![Muhammad Rafiq, Amy Kwan Olahragawan dan Olahragawati 2018 Muhammad Rafiq, Amy Kwan Olahragawan dan Olahragawati 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/71556037150_AnugerahSukanNegara.jpg)
Muhammad Rafiq, Amy Kwan Olahragawan dan Olahragawati 2018
Muhammad Rafiq muncul pemain boling lelaki ketiga diberikan pengiktirafan sedemikian selepas kali terakhir atlet sukan boling diangkat sebagai Olahragawan pada 1984 menerusi, Michael Chuah.
![Amy tebus kesilapan, raih pingat gangsa Amy tebus kesilapan, raih pingat gangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81525275277_GimnasAxiata.jpg)
Amy tebus kesilapan, raih pingat gangsa
Gimnas berirama negara, Amy Kwan Dict Weng bangkit menebus kekecewaan semalam, dengan meraih pingat gangsa pada Kejohanan Gimnastik Berirama Asia 2018, yang berakhir hari ini.
![Malaysia intai peluang layak ke Sukan Olimpik Belia Malaysia intai peluang layak ke Sukan Olimpik Belia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71525016581_AmyDictWengKwan.jpg)
Malaysia intai peluang layak ke Sukan Olimpik Belia
Gimnas negara berpeluang untuk menempah tempat untuk beraksi pada Sukan Olimpik Belia (YOG) di Buenos Aires, Argentina pada Oktober depan.
![Gimrama sumbang emas kelima kepada kontinjen negara Gimrama sumbang emas kelima kepada kontinjen negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41523596679_AmyDict.jpg)
Gimrama sumbang emas kelima kepada kontinjen negara
Pingat emas itu merupakan yang kelima buat Malaysia selepas sembilan hari Sukan Komanwel membuka tirai.
![Gimnas Amy Kwan menangi pingat emas ke-100 Malaysia Gimnas Amy Kwan menangi pingat emas ke-100 Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/61503906098_AmyKwanDictWeng.jpg)
Gimnas Amy Kwan menangi pingat emas ke-100 Malaysia
Malaysia hari ini memenangi pingat emas ke-100 pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila Amy Kwan Dict Weng menyumbangkan kilauan emas dalam acara aparatus reben individu gimnastik berirama.