KUALA LUMPUR: Analisis pencapaian kontinjen negara di Sukan SEA Kemboja 2023 hanya akan dibuat setelah kesemua mereka kembali sepenuhnya ke tanah air pada Jumaat ini.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Ketua Kontinjen Negara (CDM) Sukan SEA Datuk Mohd Nasir Ali serta timbalannya Datuk Shalin Zulkifli dan Sharon Wee, bagi memperincikan prestasi kontinjen negara di temasya dwitahunan itu.
Katanya, biarpun sasaran 40 pingat emas ditetapkan sebelum ini hampir mustahil untuk dicapai, pihaknya mahu kem negara membuat sehabis baik dan melakukan pecutan terakhir pingat emas.
"Kita ada sasarkan beberapa acara untuk meraih emas terutamanya hoki dan saya berharap mereka dapat memenangi pingat emas tersebut.
"Kita hanya minta atlet buat yang terbaik di temasya ini dan saya percaya kalau ikut hari-hari sebelum ini ada di antara mereka yang tidak disasarkan pingat tapi mereka berjaya membuat kejutan," katanya kepada Bernama selepas merasmikan forum kepimpinan 'An International Speakers and Leadership Convention Like Never Before', di Bangsar, di sini hari ini.
Setakat petang ini, kontinjen negara mengumpul 169 pingat merangkumi 32 emas, 43 perak dan 94 gangsa.
Sukan SEA Phnom Penh akan melabuhkan tirai secara rasmi esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2023
Biarpun sasaran 40 pingat emas ditetapkan sebelum ini hampir mustahil untuk dicapai, pihaknya mahu kem negara membuat sehabis baik. - Gambar fail
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
PM ajak rakyat Malaysia doakan kejayaan kontinjen negara di Sukan Olimpik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia menzahirkan sokongan padu buat kontinjen negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Olimpik Paris 2024: Buruan emas pertama negara bermula esok
Selepas bertahun-tahun perancangan dan persiapan rapi, penganjur bersedia untuk menganjurkan Paris 2024 dengan penuh tenaga.
Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas
Kontinjen negara menamatkan kempen di temasya AUG 2024 dengan aksi terpuji apabila membawa pulang 38 pingat emas selepas 11 hari berjuang.
Bertrand, Nur Shazrin pembawa Jalur Gemilang Olimpik Paris 2024
Upacara perasmian dijadual diadakan di Sungai Seine dengan bot membawa para atlet bagi setiap delegasi negara.
Sambutan Hari Olimpik Sedunia secara besar-besaran tingkat kesedaran Paris 2024 - Norza
Sambutan berskala besar dapat meningkatkan kesedaran rakyat untuk memberikan sokongan padu buat Kontinjen Malaysia.
Dr Wan Azizah harap rentak cemerlang diteruskan di Sukan Paralimpik 2024
Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap agar momentum kecemerlangan atlet negara pada Sukan Para Asia (APG) Hangzhou 2022 diteruskan pada Sukan Paralimpik 2024 di Paris.
APG 2022: Sasaran 35 pingat dicapai, Malaysia tetap buru pingat esok
Malaysia sudah boleh mendabik dada dengan pencapaian kontinjen negara setelah berjaya mencapai sasaran 35 pingat.
APG 2022: Sasaran 35 pingat semakin hampir
Kontinjen negara di APG Hangzhou 2022 semakin menghampiri sasaran 35 pingat ditetapkan selepas berakhirnya saingan hari ketiga temasya itu, hari ini.
APG 2022: Permulaan positif kontinjen negara, raih enam pingat di hari pertama
Hari pertama Sukan Para Asia 2022 menyaksikan kontinjen negara beraksi cemerlang apabila meraih satu emas, dua perak dan tiga gangsa.