KUALA LUMPUR: Atlet olahraga kebangsaan, Andre Anura Anuar yang akhirnya memenangi pingat emas lompat jauh Sukan Malaysia (Sukma) ke-20, bakal memberi tumpuan lebih kepada acara lompat kijang selepas ini.
Atlet berusia 22 tahun dari Sabah itu, sebelum ini beraksi dalam kedua-dua acara lompatan tersebut di peringkat antarabangsa, namun kini mahu lebih terarah ke acara lompat kijang apabila berpeluang mewakili negara.
"Untuk acara lompat jauh kita masih ada Luqman Hakim Ramlan, jadi lebih baik saya fokus kepada lompat kijang dan beliau teruskan dengan lompat jauh," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.
Terdahulu, Andre Anura yang membuat penampilan ketiga di Sukma sejak edisi 2016 di Sarawak, melakukan lompatan sejauh 7.40m untuk meraih emas pertamanya dalam acara itu, walaupun ia tersasar sedikit berbanding rekod kebangsaan 8.02m miliknya ketika meraih perak Sukan SEA 2019 di Filipina.
Bagaimanapun, catatan hari ini lebih baik berbanding lompatan 7.24m yang dilakukannya di Sukan SEA Hanoi pada 15 Mei lepas untuk berpuas hati dengan kedudukan kelima, sebelum bangkit meraih emas lompat kijang dengan catatan peribadi terbaik 16.51m, dua hari selepas itu.
Muhammad Shahrizal Nasharuddin Isham (7.25m) dari Terengganu dan Muhammad Sunik Muslimin (7.24m) dari Sabah masing-masing membawa pulang perak dan gangsa pada hari ini.
Andre Anura akan mempertahankan pingat emas lompat kijang yang dimenangi di Sukma Perak, pada hari esok.
Beliau berkata Sukma merupakan pertandingan terakhirnya bagi tahun ini, sebelum beliau memulakan persediaan untuk beraksi dalam beberapa temasya utama tahun depan termasuk Sukan SEA Kemboja 2023 dan Sukan Asia Hangzhou 2022.
Sementara itu, atlet Pulau Pinang Sriven Tan muncul juara acara 10,000m jalan kaki lelaki dengan catatan masa 48 minit dan 15.460 saat pada pagi tadi.
Pingat perak dan gangsa menjadi milik Fakhrul Razi Jailani (48:21.080s) dari Melaka dan M. Sivanesh (50:42.840s) dari Negeri Sembilan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 16 2022

Atlet berusia 22 tahun dari Sabah itu mahu lebih terarah ke acara lompat kijang apabila berpeluang mewakili negara. - Bernama

Aset ATM di Sabah, Sarawak perlu diperkukuh, pastikan kedaulatan negara terjamin
Keutuhan dan keamanan wilayah khususnya di Sabah dan Sarawak adalah antara faktor yang paling penting seperti terkandung dalam dasar negara.

MOSTI lancar Pusat Kercerdasan Kuantum MIMOS pertama negara
MIMOS turut menandatangani perjanjian kerjasama dengan SDT Inc. dari Korea untuk menubuhkan Lembah Kuantum Malaysia, iaitu hab inovasi yang dinamik.

Presiden Prabowo lancar perkhidmatan bank bulion pertama Indonesia
Pengeluaran emas Indonesia telah meningkat daripada 100 tan kepada 160 tan setahun, kata Presiden Prabowo.

Malaysia, Thailand perhebat kerjasama pertahanan dan latihan ketenteraan
Negara-negara anggota ASEAN perlu menjadi kuat dan bersatu agar lebih banyak kerjasama dapat dilihat antara negara serantau pada masa depan.
PAC syor keperluan gabung MPN dengan badan pemikir lain
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan kerajaan melihat keperluan penggabungan atau kerjasama strategik antara Majlis Profesor Negara (MPN) dengan badan pemikir lain di negara ini seperti Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) serta agensi lain berkaitan.

Raja Salman luluskan pengedaran 1.2 juta naskhah al-Quran untuk Ramadan
Naskhah yang diedar disifatkan sebagai antara edisi terbaik dan dihasilkan dengan sangat teliti, mencerminkan dedikasi kepimpinan Arab Saudi.
MOTAC gantung lesen syarikat umrah Hejira Travel And Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kerana didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Pelanggaran polisi punca akaun TikTok media tempatan digantung
TikTok memaklumkan keputusan menggantung akaun milik media tempatan secara kekal, dibuat selepas semua agensi terbabit dikenal pasti melanggar polisi keselamatan berkaitan remaja di platform itu.

Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 20.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Februari 2025.

Lima kejohanan penentu nasib Andre Anura ke Paris 2024
Atlet lompat kijang negara, Andre Anura Anuar perlu memburu lompatan terbaik dalam lima kejohanan disertai bagi menghidupkan ke Sukan Olimpik 2024 Paris.

Andre Anura idam pecah rekod peribadi tahun ini
Andre Anura kini giat berlatih selain akan ke Jerman pada 10 Jun ini untuk latihan dan perlawanan persahabatan sebagai persediaan awal.

Sukan SEA: Andre tetap pertahan emas biarpun baru pulih kecederaan
Andre berjaya melakukan catatan sejauh 16.06 meter (m) pada percubaan kelima, sekali gus mengesahkan emas kedua berturut-turutnya dalam acara berkenaan.

Sukan Komanwel: Kurang pengalaman punca Andre tidak menyerlah - Jurulatih
Andre tidak merekodkan sebarang catatan di Stadium Alexander selepas kesemua tiga percubaannya batal.

Sukan SEA Hanoi: Andre ubati kekecewaan, tuai emas lompat kijang
Atlet olahraga negara Andre Anura Anuar berjaya mengubati bukan satu tetapi dua kekecewaan dihadapinya sebelum ini dengan merangkul pingat emas acara lompat kijang lelaki Sukan SEA ke-31 hari ini.

Kejohanan Olahraga Asia: Andre tamat kemarau 12 tahun negara
Pemenang pingat perak Kejohanan Olahraga Grand Prix (GP) Malaysia, Andre Anura Anuar, akan menamatkan kemarau 12 tahun atlet lompat jauh negara.