PEMENANG pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022, Aniq Kasdan, kecewa apabila masih ada isu penggunaan bahan terlarang dalam sukan angkat berat pada ketika Majlis Sukan Negara (MSN) sedang mempertimbangkan untuk kembali menyenaraikan sukan itu sebagai antara sukan teras.
Penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) MSN tahun ini digemparkan dengan tiga kes positif ujian doping dalam sukan angkat berat yang dilaporkan melibatkan atlet muda.
Tegas Aniq, barisan atlet elit kebangsaan sudah berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan imej sukan itu tetapi ia juga memerlukan peranan daripada setiap pihak.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom, dia berkata: "Kami pergi ke kejohanan tanpa dana yang mencukupi, berlatih tanpa fasiliti dan makanan tambahan yang sewajarnya.
"Rasa kecewa juga kerana penat kami berusaha menaikkan semula imej sukan ini dan tiba-tiba masih ada yang 'sangkut'.
"Kesannya, mungkin peluang kami untuk masuk ke sukan teras menjadi agak sukar.
"Sebelum ini, MSN sudah bersetuju untuk memasukkan kami semula ke dalam sukan teras tetapi selepas isu ini, saya tidak tahu apa yang akan terjadi.
"Jika bukan dalam sukan teras, agak sukar untuk kami memiliki program pelapis, jadi buat adik-adik yang ada bakat dan mahu pergi jauh, agak sukar untuk mereka berkembang.
"Saya tidak tahu apa tindakan MSN selepas ini, apa yang boleh saya buat setakat ini adalah berlatih, belajar dan kalau masih ada jalan, saya akan meneruskannya tetapi jika ia gelap sedikit, saya hanya fokus sahaja," katanya.
Astro Arena
Tue Sep 27 2022
![Aniq Kasdan kecewa sukan angkat berat masih dipalit masalah doping Aniq Kasdan kecewa sukan angkat berat masih dipalit masalah doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664239443_AniqKasdan.jpg)
Tegas Aniq, barisan atlet elit kebangsaan sudah berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan imej sukan itu tetapi ia juga memerlukan peranan daripada setiap pihak. - Stadium Astro
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.
![Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739960155_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin
Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.
![Kategori baharu buat Aniq Kasdan mulai 2025 Kategori baharu buat Aniq Kasdan mulai 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735366465_MohamadAniqKasdan.jpg)
Kategori baharu buat Aniq Kasdan mulai 2025
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan mengesahkan akan beraksi dalam kategori baharu, iaitu 60 kilogram (kg) bermula 2025.
![Mohamad Aniq gondol dua pingat perak kejohanan dunia di Bahrain Mohamad Aniq gondol dua pingat perak kejohanan dunia di Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733639999_AniqKasdan.jpg)
Mohamad Aniq gondol dua pingat perak kejohanan dunia di Bahrain
Badang negara Mohamad Aniq Kasdan sekali lagi mengharumkan nama negara apabila mengakhiri Kejohanan Dunia Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa dengan membawa pulang dua pingat perak di Bahrain.
![Mohamad Syahmi mahu ikut jejak Aniq Mohamad Syahmi mahu ikut jejak Aniq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724323969_SyahmiNorGhazali.jpg)
Mohamad Syahmi mahu ikut jejak Aniq
Atlet berusia 20 tahun itu berkata beliau tidak akan berhenti berusaha untuk ke peringkat lebih tinggi dalam sukan angkat berat.
![PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713226206_tbMohamadAniqKasd.jpg)
PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan
Dalam aspek ini, Institut Sukan Negara perlu meneliti penggunaan suplemen yang mungkin boleh memberi tenaga dan kekuatan kepada atlet ini.
![Aniq Kasdan kecewa sukan angkat berat masih dipalit masalah doping Aniq Kasdan kecewa sukan angkat berat masih dipalit masalah doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664239443_AniqKasdan.jpg)
Aniq Kasdan kecewa sukan angkat berat masih dipalit masalah doping
Barisan atlet elit kebangsaan sudah berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan imej sukan itu.
![Ahmad Faizal ucap tahniah kejayaan Mohamad Aniq Ahmad Faizal ucap tahniah kejayaan Mohamad Aniq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41659177429_AniqKasdan.jpg)
Ahmad Faizal ucap tahniah kejayaan Mohamad Aniq
Kejayaan tersebut amat istimewa selepas dua hari kontinjen negara tidak menjelmakan kilauan pingat, kata Ahmad Faizal.
![Sukan Komanwel: Aniq Kasdan raih emas pertama Malaysia dengan rekod baharu Sukan Komanwel: Aniq Kasdan raih emas pertama Malaysia dengan rekod baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81659179114_TBAniqKasdan.jpg)
Sukan Komanwel: Aniq Kasdan raih emas pertama Malaysia dengan rekod baharu
Aniq Kasdan membutirkan kilauan pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Komanwel Birmingham 2022 apabila mengungguli acara angkat berat 55 kilogram di Dewan NEC sebentar tadi.