Pasukan e-sukan mudah alih Arena of Valor (AOV) M8HEXA.PenangFood kini mempunyai misi untuk menjadi pasukan terbaik di rantau ini apabila mereka akan berentap di Grand Final Piala Valor Musim Pertama di Filipina, esok.
Kapten M8HEXA.PenangFood, Koay Wen Kai berkata mereka berhasrat untuk meberikan yang terbaik dan membanggakan rakyat Malaysia dalam arena e-sukan.
“Kami ingin berterima kasih kepada penyokong dan peminat kami. Sudah tentunya ia merupakan satu kebanggaan buat kami untuk mewakili Malaysia dan berlawan yang terbaik di Singapura dan Filipina,” katanya kepada Astro AWANI.
Grand Final Piala Valor yang berlangsung di Trinoma Activity Center, Filipina esok menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM89,000 (AS$23,000) dan turut disertai pasukan Will New Era dari Filipina dan pasukan Tamago dari Singapura.
Keunikan nama IGN
Selain kekuatan kerjasama pasukan dan skill permainan, M8HEXA.PenangFood turut mempunyai keunikan tersendiri menerusi IGN (nama samaran dalam permainan video) mereka yang diinspirasikan daripada nama makanan tempatan.
Contohnya, Wen Kai sendiri menggunakan nama IGN Char Koay Teow, Poh Jing Sheng sebagai Ice Kacang dan Loh Jia Siang menggunakan nama Rojak.
“Kami mahu orang ramai lebih senang kenal dan ingat apa yang menjadikan Pulau Pinang popular, iaitu makanan.
“Kami bersemangat untuk menunjukkan Pulau Pinang mempunyai para pemain e-sukan yang berpotensi tinggi, sama seperti dengan negeri-negeri yang lain,” kata Wen Kai.
Selain Wen Kai, Poh Jing Sheng dan Loh Jia Siang, M8HEXA.PenangFood turut disertai Khoo El Bin dan Poon Chee Wai.
Ditubuhkan pada tahun lalu, sasaran M8HEXA.PenangFood terbesar pasukan itu tahun ini adalah untuk menyertai sekali gus menjuarai Piala Dunia AOV 2018 yang akan berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.
“Kami mahu bermain dan mencabar pemain-pemain profesional dari seluruh dunia. Dengan penyertaan di kejohanan-kejohanan besar, kami berharap dapat memperbaiki mutu persembahan dalam e-sukan,” tambahnya.
AOV merupakan permainan mudah alih terbitan Garena dengan kerjasama pembangun Tencent. Baru-baru ini AOV dianugerahkan sebagai permainan multi-pemain terbaik dalam Anugerah Permainan Mudah Alih Antarabangsa (IMGA) ke-14.
Mariah Ahmad
Fri Apr 06 2018

(Dari kiri) Pasukan M8HEXA.PenangFood terdiri daripad Poh Jing Sheng, Khoo El Bin, Koay Wen Kai, Poon Chee Wai dan Loh Jia Siang. - Foto Facebook / Garena AOV

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

AOV: Misi M8HEXA.PenangFood menang di pentas antarabangsa
Grand Final Piala Valor Musim Pertama di Filipina menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM89,000 (AS$23,000).

AOV dianugerahkan permainan multi-pemain terbaik IMGA
AOV yang dilancarkan di Malaysia pada 17 Oktober tahun lalu merupakan permainan atas talian yang direka khas untuk telefon pintar dan menawarkan pelbagai mod termasuk lawan 5-lawan-5.