PHNOM PENH: Atlet para Muhamad Ashraf Muhammad Haisham mahu menjadikan emas pertama yang diraihnya bagi acara 5,000 meter lelaki T46 (kecacatan fizikal) sebagai pembakar semangat kepada kontinjen olahraga pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.
Atlet berusia 28 tahun itu berkata tanggungjawab dipilih sebagai ketua pasukan olahraga di Kemboja adalah bagi memastikan beliau menampilkan aksi terbaik ketika turun berjuang sekali gus menghadirkan pingat pada kejohanan pentas antarabangsa.
Muhamad Ashraf sebelum itu unggul merekodkan 18 minit 49.42 saat (s) untuk menyandang gelaran juara dan mengetepikan King James Teves Reyes dari Filipina yang mencatatkan 18:50.16s serta atlet Vietnam Tran Van Duc di kedudukan ketiga dengan 18:50.17s.
"Saya dilantik sebagai ketua bagi pasukan olahraga jadi saya harap ini (emas) menjadi pembakar semangat kepada kontinjen olahraga. Insya-Allah pasukan akan capai sasaran.
"Saya memang puas hati dengan kemenangan ini yang saya belajar daripada kekalahan di Solo, Indonesia pada tahun lalu. Masa itu (APG Solo) saya hanya fikir mahu pecahkan rekod namun hari ini saya ada strategi tersendiri," katanya kepada pemberita selepas menjadi atlet olahraga pertama menyumbang emas bagi sukan itu di sini hari ini.
Beliau optimis mampu menambah lagi dua pingat emas menerusi acara 1,500m lelaki T46 (kecacatan fizikal) dan 800m lelaki T46 (kecacatan fizikal) pada penampilan edisi ke-12 ini.
Muhamad Ashraf bagaimanapun berkata mustahil baginya untuk berada dalam keadaan bersedia sepenuhnya dalam menghadapi saingan acara 1,500m lelaki T46 (kecacatan fizikal) pagi esok selepas baru sahaja selesai acara 5,000 meter lelaki T46 (kecacatan fizikal) malam ini.
"Saya tidak yakin untuk berada dalam keadaan sepenuhnya bersedia bagi menghadapi saingan esok namun saya akan cuba buat yang terbaik. Macam tadi, saya akan berhati-hati semasa larian dan bertindak apabila pihak lawan leka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 04 2023

Muhamad Ashraf mahu tampilkan aksi terbaik ketika turun berjuang sekali gus menghadirkan pingat pada kejohanan pentas antarabangsa. - Bernama

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.
AWANI Ringkas: JDT gagal ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prestasi S&P 500: Sehingga 12 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.

Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.

Belanjawan 2025: KBS tidak abai atlet para, peruntukan disalurkan kepada MSN, JBSN
KBS tetap akan menyalurkan bantuan kewangan untuk pembangunan atlet para, bagi memastikan Malaysia tidak ketandusan bakat baharu yang menyertai temasya dan pertandingan akan datang.

Mupok Lok! jumpa 'KitakOrang Rah' Para SUKMA di Selangor!
Obor rasmi temasya dwitahunan yang dinyalakan oleh jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin dipadamkan sebagai simbolik penutupan.

Sarawak sahkan kejuaraan keseluruhan Para SUKMA 2024
Sarawak mengesahkan kejuaraan apabila merangkul 82 emas, 51 perak dan 72 gangsa, diikuti Sabah di kedudukan kedua dengan pungutan 62-42-31.

Labuan sasar empat emas pada Para SUKMA Sarawak
Pingat emas disasarkan menerusi tiga atlet iaitu Risabel Rozell Parinus, Labo Taulim dan Avirinda Anis.

Paralimpik Paris 2024: Pecutan saat akhir Philippe lebur harapan gangsa Ammar Aiman
Ammar Aiman memulakan larian dengan memberangsangkan dan berada dalam kelompok tiga terbaik sebelum Yovanni Philippe meningkatkan pecutan.

Paris 2024: Nur Syaiful duduki tempat keenam
Nur Syaiful menduduki tempat keenam dengan catatan masa 1 minit 46.71 saat di Paris La Defense Arena.

Sukan Paralimpik: Hannah optimis kontinjen negara mampu capai sasaran empat emas
Hannah juga yakin barisan atlet terutama yang berpengalaman beraksi di pentas Paralimpik mampu menampilkan aksi luar biasa di Paris.

MPM jamin isu kad akreditasi tidak timbul di Paralimpik Paris 2024
Beliau berkata kuota kad akreditasi melibatkan 30 atlet dan 32 pegawai adalah mencukupi pada temasya sukan berprestij dunia itu.

Para SUKMA: Jadikan kekurangan sebagai pemangkin raih kejayaan
Setiap atlet perlu diberikan dorongan serta semangat agar dapat memberikan persembahan terbaik.