KUALA LUMPUR: Semua atlet paralimpik yang akan mewakili negara pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 Kemboja telah menjalani klasifikasi mengikut kelas dan jenis kekurangan sebelum dibenarkan menyertai acara masing-masing.
Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke APG Kemboja Noor Syahieda Mat Shah berkata proses yang dijalankan bulan lalu amat penting kerana akan menentukan kelayakan atlet yang berkemungkinan perlu menukar kelas selain mengelak timbulnya masalah pada temasya itu.
"Bagi tahun ini, kita buat klasifikasi dalaman mengikut nama yang sudah disenarai pendek (ke Sukan APG 2023). Kita mohon bantuan daripada yang berkelayakan untuk memeriksa atlet kami sekiranya mereka layak bertanding mengikut kategori yang didaftarkan pada bulan lalu.
"Perkara ini sangat penting supaya kami dapat mengurangkan masalah (di Kemboja) dan sekiranya apa-apa berlaku di Kemboja kami boleh selesaikan namun sekarang kami berkeyakinan dan Insya-Allah semua berjalan lancar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, semalam.
Noor Syahieda yang dilantik sebagai CDM wanita pertama APG berkata beliau akan memastikan semua perancangan yang dibuat berjalan lancar supaya tidak menganggu fokus atlet para negara.
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) semalam mengumumkan kontinjen negara menyasarkan 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa pada APG 2023 di Phnom Penh, Kemboja yang berlangsung dari 3 hingga 9 Jun ini.
Kontinjen negara akan diperkuatkan dengan 144 atlet yang akan mengambil bahagian dalam 13 daripada 14 jenis sukan dipertandingkan di Kemboja termasuk satu sukan demo iaitu e-sukan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023
![APG 2023: Semua atlet sudah jalani proses klasifikasi - CDM APG 2023: Semua atlet sudah jalani proses klasifikasi - CDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685422727_SyahiedaMatShah.jpg)
Hannah (dua, kanan) menyaksikan Syahieda mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontijen Malaysia Ke Temasya Sukan Para ASEAN Kali ke-12, Cambodia 2023 di Stadium Bukit Jalil. -Gambar fail/Bernama
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.
![Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739955456_Bekaspengurusjuala.jpg)
Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.
![Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739955408_NgSzeHan.jpg)
Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.
![KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.
![Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723047254_TBAZIZULHASNI.jpg)
Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.
![Pemilihan AGM: Presiden Paralimpik lapor SPRM, dakwa wujud elemen rasuah Pemilihan AGM: Presiden Paralimpik lapor SPRM, dakwa wujud elemen rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728363313_MegatD.jpg)
Pemilihan AGM: Presiden Paralimpik lapor SPRM, dakwa wujud elemen rasuah
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin hari ini membuat laporan kepada SPRM yang mendakwa wujudnya eleman rasuah dalam pemilihan AJK badan itu.
![Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732195186_TBHannah.jpg)
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
![PSM setia dengan Ahmad Jais PSM setia dengan Ahmad Jais](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707194286_MohdSumaliReduan.jpg)
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
![Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025 Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731054095_razkalspadang.jpg)
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
![Azizulhasni kenang jasa MSN Azizulhasni kenang jasa MSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729474213_AzizulhasniAwang.jpg)
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
![Zii Jia tekad tampil aksi cemerlang di Eropah untuk slot Jelajah Dunia Akhir 2024 Zii Jia tekad tampil aksi cemerlang di Eropah untuk slot Jelajah Dunia Akhir 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81727950598_leezijia.jpg)
Zii Jia tekad tampil aksi cemerlang di Eropah untuk slot Jelajah Dunia Akhir 2024
Zii Jia bertekad menampilkan aksi cemerlang dalam kejohanan di Eropah bagi memastikan kedudukannya kekal selamat untuk melayakkan diri ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou.
![MSN, JBSN negeri diminta tingkat usaha pencarian atlet para wanita MSN, JBSN negeri diminta tingkat usaha pencarian atlet para wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727019101_HannahYeoh.jpg)
MSN, JBSN negeri diminta tingkat usaha pencarian atlet para wanita
Hannah berkata, daripada lebih 1,200 atlet di temasya Para SUKMA Sarawak 2024, hanya hanya 303 atlet atau 24 peratus adalah wanita.
![MSN, MPM perlu duduk semeja - Hannah MSN, MPM perlu duduk semeja - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726137443_HannahYeoh.jpg)
MSN, MPM perlu duduk semeja - Hannah
Menteri Belia dan Sukan meminta Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyelesaikan 'perang dingin' secara profesional.