SOLO (Indonesia): Skuad olahraga Malaysia ke Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 di sini, memulakan kempen dengan langkah kanan apabila berjaya menggondol empat pingat emas dan dua perak pada hari pertama acara trek dan padang membuka tirai di Stadium Manahan di sini.
Juara Sukan Para Asia 2018 Eddy Bernard berjaya melakukan lompatan bergaya untuk meraih pingat emas lompat jauh lelaki T44/64 (kecacatan fizikal) dengan lompatan sejauh 6.48 meter (m) mengatasi Ryan Arda (5.74m) dari Indonesia dan Denpoom (5.20m) dari Thailand.
Ia juga merupakan pencapaian terbaik atlet berusia 21 tahun berkenaan pada tahun ini, mengatasi catatan 6.36m yang direkodkan ketika kejohanan di Paris, April lepas.
"Saya bersyukur dan gembira kerana dapat memperbaiki lompatan yang mengatasi rekod Sukan Para Asia 2018 (6.30m). Ia memberikan semangat tambahan untuk berjuang lebih baik pada pertandingan-pertandingan akan datang seperti APG Kemboja tahun depan," katanya.
Skuad olahraga terus cemerlang apabila pembawa Jalur Gemilang Mohd Zikri Zakaria mengungguli acara lontar peluru F53-55 (berkerusi roda), mengatasi rakan sepasukan Muhammad Amirul Alif Abdul Raof (8.63m) dan Joel Balatucan (8.31m) dari Filipina.
Sementara itu, bekas juara dunia dan pemenang emas Paralimpik Rio 2016, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi turut beraksi dengan baik untuk merangkul emas acara 100m lelaki T36 (cerebral palsy) dengan catatan 12.220s, manakala M. Habib dari Indonesia menamatkan larian dengan masa 13.900s.
Namun, pingat perak tidak dihadiahkan kerana hanya dua peserta beraksi dalam acara berkenaan.
Terdahulu, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Mohamad Aliff Mohamad Awi masing-masing menyumbang pingat emas dan perak pertama menerusi acara lontar peluru F20 (masalah intelektual) dengan lontaran sejauh 16.92m dan 13.46m.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 01 2022
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi turut beraksi dengan baik untuk merangkul emas acara 100m lelaki T36 (cerebral palsy) dengan catatan 12.220s. - Gambar fail
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Malaysia cadang tubuh pasukan petugas perkukuh pembangunan sektor tenaga dengan Laos
Perkara itu merupakan antara topik yang dibincangkan semasa mesyuarat dua hala bersama Menteri Tenaga dan Galian Laos Phoxay Sayasone.
APG: Mutu atlet negara 'diangkat' di Kemboja
Atlet negara membawa pulang 50 pingat emas, 38 perak dan 34 gangsa, untuk menduduki tangga keempat carta pingat.
APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.
APG: Fraidden Dawan sumbang emas pertama Malaysia di Phnom Penh
Pemenang pingat emas APG edisi lepas di Solo, Indonesia itu tidak berdepan masalah untuk mengesahkan emas menerusi catatan 4 minit 52.60 saat.
Skuad bola keranjang kerusi roda raih gangsa pertama Malaysia di APG 2023
Anak buah Lim Ming Lip garang menewaskan pasukan tuan rumah setelah merekodkan kemenangan 17-8 di Dewan Elephant 2 di Stadium Morodok Techo.
APG: Kontinjen Malaysia terima sambutan wira
Kepulangan kontinjen Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 dari Solo, Indonesia diberi sambutan wira sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sukan Para ASEAN ke-11 melabuhkan tirai, jumpa lagi di Kemboja
Jokowi dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada 1,200 atlet yang menyertai temasya sukan itu.
APG: Malaysia bawa pulang 20 emas lebih berbanding sasaran 16
Kontinjen Malaysia meraih 36 emas, 20 perak dan 14 gangsa, sepanjang enam hari pertandingan berlangsung.
APG: Tambahan tiga emas, tujuh perak pada hari ketiga
Selepas kejayaan menyambar 10 pingat emas pada Isnin, pemburuan emas kontinjen negara ke Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 semalam agak suram, apabila hanya tiga emas diperolehi.
APG: Kem olahraga pecut awal dengan empat emas, dua perak
Skuad olahraga Malaysia ke Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 di sini, memulakan kempen dengan langkah kanan apabila berjaya menggondol empat pingat emas dan dua perak pada hari pertama.