ARGENTINA akan mengambil alih tempat Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) pada 20 Mei sehingga 11 Jun depan.
Pengumuman itu dibuat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Selasa.
Dengan menjadi penganjur, Argentina turut mengambil bahagian mengisi tempat Indonesia.
Pasukan itu gagal layak berdasarkan merit.
Presiden FIFA, Gianni Infantino gembira dengan kesediaan Argentina itu.
"FIFA mengumumkan edisi Piala Dunia B-20 akan berlangsung di Argentina selepas juara dunia membuka pintunya kepada bintang bola sepak dunia masa hadapan," katanya.
FIFA pada bulan lalu menarik hak penganjuran daripada Indonesia selepas tercetus bantahan ke atas penyertaan Israel pada kejohanan tersebut.
Indonesia dan Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik serta memberikan sokongan padu kepada perjuangan rakyat Palestin.
Artikel Berkaitan:
Masa terbaik Shereen tuai hasil
Masters Malaysia tumpuan 10 terbaik dunia
Sukan SEA: Jing Xuen, Nateeshvar sandaran podium
Argentina menawarkan diri untuk menjadi pengganti.
FIFA melakukan lawatan dan pemeriksaan ke atas fasiliti di negara itu minggu lalu.
Undian bakal berlangsung di Zurich pada Jumaat ini.
Kerajaan Argentina sebelum itu melahirkan sokongan penuh kepada bidaan tuan rumah oleh Persekutuan Bolasepak Argentina (AFA) biarpun negara itu berdepan kekangan ekonomi.
Juara dunia Argentina adalah pasukan paling banyak menjuarai Piala Dunia B-20 iaitu sebanyak enam kali. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 18 2023

Presiden FIFA, Gianni Infantino gembira dengan kesediaan Argentina itu. - Foto fail/AP

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Presiden FIFA tolak penggunaan 'kad biru'
Apabila laporan mengenai kad biru diedarkan pada 8 Feb, mereka terima sebahagian besar reaksi negatif dan IFAB menarik balik inisiatif itu.

FIFA ulangi ketegasan tolak perkauman dalam bola sepak
Adalah penting bukan hanya bercakap tentang perkauman dan diskriminasi, tetapi untuk mengambil tindakan dengan cara yang tegas dan meyakinkan.

Argentina tuan rumah B-20 ganti Indonesia
Presiden FIFA, Gianni Infantino gembira dengan kesediaan Argentina itu.

Argentina sedia ganti Indonesia jadi tuan rumah Piala Dunia B-20
Sehingga kini, Argentina menjadi satu-satunya negara yang kemuka permohonan kepada FIFA.

Gianni Infantino dipilih semula sebagai Presiden FIFA
Beliau memegang jawatan berkenaan untuk penggal ketiga tanpa dicabar sebagaimana empat tahun lalu.

Presiden FIFA, Infantino ucap tahniah kepada Hamidin
Infantino tidak sabar untuk bekerjasama rapat dengan Hamidin untuk membangunkan bola sepak di Malaysia dan juga dunia.

'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.

FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Presiden FIFA saran setiap negara wujudkan stadium bersempena Pele
Brazil memasuki tempoh berkabung kebangsaan selepas kematian Pele.

Piala Dunia terlalu dikomersialkan - Blatter
Kempen di Qatar menerapkan format 32 pasukan tetapi bagi edisi 2026, sebanyak 48 negara akan mengambil bahagian.