KUALA LUMPUR: Pemain muda sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT) Arif Aiman Mohd Hanapi enggan terbuai dengan pujian selepas beraksi cemerlang membantu pasukannya mencipta kejayaan 'treble' dengan memenangi saingan Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.
Pemain sayap berusia 20 tahun itu sebaliknya bersyukur kerana terus mendapat peluang dan kepercayaan dalam kesebelasan utama skuad Harimau Selatan ketika pasukan itu dibarisi ramai pemain berstatus bintang yang lebih berpengalaman.
Menurut Pemain Paling Bernilai (MVP) Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021 (ABK21) itu, segala kejayaan yang dikecapi membakar semangatnya bagi menjadi pemain lebih bagus pada masa hadapan.
"Tahun ini amat bermakna bagi saya dan akan diingati sampai bila-bila sebab di usia muda macam saya, jarang orang dapat peluang macam ini dan saya akan gunakannya untuk lebih maju pada masa depan.
"Perjalanan saya masih jauh dan saya tidak akan berhenti belajar, ini permulaan bagi saya sebab saya masih muda banyak lagi yang akan dilalui," katanya ketika ditemui selepas final Piala Malaysia 2022 antara JDT dan Selangor FC di Stadium Nasional di Bukit Jalil, di sini semalam.
Pada aksi final itu, JDT menewaskan Selangor 2-1 dengan Herlison Caion De Souza Ferreira meletakkan skuad Gergasi Merah di depan terlebih dahulu sebelum JDT bangkit meledak dua gol masing-masing menerusi Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri.
Kejayaan itu membolehkan JDT mencipta kejayaan 'treble' buat julung kalinya, selain mengulangi pencapaian memenangi Piala Malaysia pada 2017 dan 2019 serta mengubat kekecewaan tewas di pentas final edisi lepas kepada Kuala Lumpur (KL) City FC.
JDT turut menjulang Piala Sumbangsih pada perlawanan pembuka tirai musim ini.
Sementara itu, Arif Aiman berkata misi utamanya selepas ini ialah membantu JDT meraih lebih banyak kejayaan pada musim berikutnya yang lebih mencabar, selain memberikan persembahan terbaik bersama skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.
Musim ini menyaksikan Arif Aiman mengumpul keseluruhan lapan gol dalam kesemua pertandingan iaitu tiga dalam kempen Liga Super, Piala FA (empat) dan meledak satu gol dalam saingan Piala Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 27 2022
![Arif Aiman syukur raih treble pada usia muda Arif Aiman syukur raih treble pada usia muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669535188_ArifAiman.jpg)
Arif Aiman bersyukur kerana terus mendapat peluang dan kepercayaan dalam kesebelasan utama skuad Harimau Selatan. - Bernama
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737276811_ArifAiman.jpg)
Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC
Kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada AFC berikutan kekasaran ke atas pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.
![IG Arif Aiman kena serbu penyokong Iran IG Arif Aiman kena serbu penyokong Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736065912_BolaSepak.jpg)
IG Arif Aiman kena serbu penyokong Iran
Arif Aiman Hanapi, diserbu beramai-ramai oleh peminat bola sepak dari Iran, terutama penyokong Persepolis.
![Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733672863_ArifAimanHanapi.jpg)
Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC
Jaringan hatrik Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.
![Arif Aiman, Tommy digantung tiga perlawanan Arif Aiman, Tommy digantung tiga perlawanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731988667_ArifAimanHanapi.jpg)
Arif Aiman, Tommy digantung tiga perlawanan
FAM telah menjatuhkan hukuman gantung tiga perlawanan kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada.
![ACLE: Arif Aiman tangga teratas jumlah percubaan tepat, Cristiano Ronaldo keempat ACLE: Arif Aiman tangga teratas jumlah percubaan tepat, Cristiano Ronaldo keempat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730972748_ArifAiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman tangga teratas jumlah percubaan tepat, Cristiano Ronaldo keempat
Arif Aiman kekal sebagai pemain yang mempunyai jumlah percubaan tepat terbanyak dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) ketika ini.
![TMJ sokong Arif Aiman dibuang padang, Perak dapat penalti TMJ sokong Arif Aiman dibuang padang, Perak dapat penalti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731323221_TMJArifAimanDib.jpg)
TMJ sokong Arif Aiman dibuang padang, Perak dapat penalti
Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berasakan pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali, wajar melayangkan kad merah kepada Arif Aiman Hanapi dan Tommy Mawat Bada.
![Pergaduhan libat Arif Aiman: 'Saya tidak pasti budi bicara apa digunakan pengadil' - Pekan Pergaduhan libat Arif Aiman: 'Saya tidak pasti budi bicara apa digunakan pengadil' - Pekan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731316211_ArifAimanHanapi.jpg)
Pergaduhan libat Arif Aiman: 'Saya tidak pasti budi bicara apa digunakan pengadil' - Pekan
Arif Aiman Mohd Hanapi bernasib baik apabila masih dibenarkan beraksi selepas terlibat dalam insiden pergaduhan dengan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada.
![FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731315655_ArifAimanHanapi.jpg)
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.
![AFC label Arif Aiman 'budak ajaib' AFC label Arif Aiman 'budak ajaib'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730972748_ArifAiman.jpg)
AFC label Arif Aiman 'budak ajaib'
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) melabel bintang muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi sebagai 'budak ajaib'.
![ACLE: Arif Aiman di tangga kedua, Cristiano Ronaldo kesembilan ACLE: Arif Aiman di tangga kedua, Cristiano Ronaldo kesembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730871009_ArifAimanjdtacl.jpg)
ACLE: Arif Aiman di tangga kedua, Cristiano Ronaldo kesembilan
Bintang JDT Arif Aiman kini berada di tangga kedua dalam senarai penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.