KUALA LUMPUR: Lebih 650 peserta hadir dalam pusingan terakhir program pembangunan akar umbi untuk bintang badminton muda dalam pemilihan Astro Kem Badminton (AKB) di ibu negara pada Sabtu.
Berlangsung di Setapak Badminton Centre, Setapak, setiap peserta diuji kemahiran dan teknik di empat stesen berbeza iaitu servis (servis tinggi dan rendah), pukulan (lob, jatuh, jaring dan angkat, pandu dan smesy oleh bekas jurulatih profesional legenda, Chan Chong Ming dan Chew Choon Eng.
Dibuka kepada pelanggan Astro yang anak-anak berusia 10 hingga 12 tahun, seawal jam 7 pagi, AKB sudah diserbu peserta dari seluruh negara.
Bagi Zailan Mohamad, meskipun dari Terengganu, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk membawa anaknya Mohamad Amsyar Nasrullah untuk menyertai kem badminton itu.
"Saya dari Kemaman, Terengganu, (saya) bergerak semalam 7.30 pagi sampai jam 12 tengah hari. Untuk Astro Kasih Kem Badminton sebab di Pantai Timur tiada, sebab itu saya datang ke Kuala Lumpur.
"Saya berterima kasih kepada Astro kerana dapat mendidik anak-anak seluruh Malaysia untuk masa hadapan mereka," katanya.
Setiap peserta yang terpilih pada sesi pertama AKB hari ini, akan ke sesi kedua pada Ahad untuk latihan lanjutan.
Bagi Koh Chon Yean dari Bahau, Negeri Sembilan ini pula berpendapat, AKB perlu diteruskan untuk memberi pendedahan awal kepada bintang muda badminton tanah air.
"Saya dan anak Koh Ban Tian, datang dari Bahau, Negeri Sembilan. Bertolak pada jam 5 pagi dan tiba jam 7.30 pagi tadi.
"Dia mahu meningkatkan skil badmintonnya, ini adalah peluang dan pendedahan terbaik untuknya. Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan setiap tahun, demi meningkatkan peluang kepada pemain badminton muda di negara ini," katanya.
Sehingga kini, AKB dengan kerjasama Pioneer Badminton Academy dan Felet International Holdings Sdn Bhd telah menerima lebih 1600 penyertaan untuk kem latihan di lima negeri iaitu Sarawak, Sabah, Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dari Jun hingga Julai tahun ini.
Fareez Azman
Sat Jul 22 2023

Lebih 650 peserta hadir dalam pusingan terakhir program pembangunan akar umbi untuk bintang badminton muda dalam pemilihan Astro Kem Badminton (AKB) di ibu negara pada Sabtu.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Astro Kem Badminton diserbu lebih 650 peserta dalam pusingan terakhir pemilihan
Lebih 650 peserta hadir dalam pusingan terakhir program pembangunan akar umbi untuk bintang badminton muda dalam pemilihan Astro Kem Badminton (AKB) di ibu negara pada Sabtu.