PETALING JAYA: Aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam sukan tidak terhad pada liga profesional dan pertandingan elit, sebaliknya menjangkau kepada inisiatif akar umbi dan program penglibatan masyarakat, yang menjadi nadi sukan pada asasnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Astro, Euan Daryl Smith berkata, inisiatif seperti Astro Kem Badminton mampu menjadi antara nadi utama sukan berkenaan dalam mewujudkan impak sosial positif dan pembinaan bakat yang berkesan.
"Di Astro, kami berbangga kerana menjadi rumah sukan, kami suka menayangkan sukan elit kepada seluruh negara, sama ada bola sepak atau badminton atau apa sahaja, tetapi saya fikir ia lebih jauh daripada itu, kerana untuk membina sukan dan membina semangat, anda juga perlu terlibat di peringkat akar umbi.
"Oleh itu, sangat mengagumkan apabila Astro menjalankan program seperti kem badminton, yang melatih generasi akan datang mempunyai aspirasi untuk menjadi ahli sukan elit dan juga untuk menghantar mesej yang betul tentang kesejahteraan serta kesihatan.
"Kami gembira kerana kami boleh menjadi sebahagian daripada ini dan menjadi sebahagian daripada program yang sangat berjaya," katanya.
Jelas Euan, Astro Kem Badminton memberi peluang kepada bakal atlet untuk mengasah kemahiran tanpa mengambil kira latar belakang sosioekonomi, sekali gus memastikan tiada bintang berpotensi yang terlepas peluang kerana kekurangan sumber atau akses.
Lebih membanggakan, Astro Kem Badminton telah berjaya melatih lebih 19,000 bakat muda, dengan ramai dalam kalangan mereka menjadi pemain kebangsaan.
"Program Kem Badminton yang dikendalikan oleh Astro, bermula dengan tujuan komuniti untuk membantu membawa semua kanak-kanak dari semua latar belakang dan untuk memberi mereka peluang untuk berlatih dengan jurulatih kebangsaan. Tetapi ia semakin berkembang dari semasa ke semasa.
"Jadi sekarang ada 19,000, saya katakan sekali lagi... 19,000 kanak-kanak telah melalui program ini, dan mereka telah mendapat inspirasi untuk menjadi pemain badminton negara.
"Ini adalah angka yang luar biasa bagi saya... malah 40 pemain dalam pasukan badminton negara adalah alumni kami yang telah datang melalui program kami, dan ini membayangkan betapa berharganya dan berapa banyak nilai yang dapat diberikan Astro apabila kami melakukan program ini seperti ini," katanya lagi
Bergerak ke hadapan, Euan optimis Astro mampu menggunakan pengaruhnya dengan penganjuran kem pelbagai jenis sukan, sekali gus menjadi platform bagi mencungkil lebih ramai bakat muda demi memajukan industri sukan dan mengangkat martabat negara dalam bersaing di peringkat antarabangsa.
"Kami mahu mengambil model itu, kami telah mendapat persetujuan dengan Persatuan Badminton Malaysia yang mengiktiraf apa yang kami lakukan dalam badminton, kami ingin melakukannya sekarang untuk sukan lain juga.
"Jadi anda lihat sukan yang kini kami bawa ke platform kami seperti sepak takraw, bola jaring, bola tampar, semuanya ada di Astro, semuanya ada di SOOKA.
"Aspirasi kami adalah untuk membina program akar umbi yang sama supaya kanak-kanak, apa jua sukan yang membuat mereka teruja, apa jua aspirasi mereka, Astro mahu membantu melahirkan generasi bintang sukan seterusnya, serta membantu melahirkan generasi akan datang yang sedar kepentingan alam sekitar," tambahnya.
Beliau ditemui ketika hadir di siri terakhir Astro Kem Badminton 2024 di Puchong, pada Sabtu.
Kira-kira 500 peserta hadir dalam siri terakhir itu dan sebelum ini telah singgah di empat lokasi iaitu Pulau Pinang, Johor, Kelantan dan Sabah.
Astro Kem Badminton 2024 diadakan dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, dan peserta terpilih akan ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
Madiha Abdullah
Sat May 25 2024

Euan (tengah) hadir di siri terakhir Astro Kem Badminton 2024 di Puchong, pada Sabtu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.