KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli menemui semula sentuhan kemenangan selepas mendominasi perlumbaan pertama pusingan keempat Kejuaraan Asia Talent Cup (ATC) di Litar Antarabangsa Chang, Thailand pada Sabtu.
Pencapaian itu membolehkan Muhammad Hakim kembali menerajui senarai kedudukan pelumba dengan mengumpul keseluruhan 117 mata, mengatasi pencabar terdekat Shinya Ezawa dari Jepun (106 mata) di tempat kedua dan pelumba Qatar Hamad Al-Sahouti jauh di posisi ketiga dengan 73 mata.
Selepas menamatkan pusingan ketiga di tempat kedua di Jepun minggu lepas, pelumba berusia 15 tahun itu bangkit merampas kedudukan teratas podium pada Sabtu dengan merakam kepantasan 29 minit dan 01.585 saat, menurut https://www.asiatalentcup.com.
Tunggangan hebat pelumba kelahiran Terengganu dalam perlumbaan 16 pusingan itu cukup untuk menewaskan Veda Ega Pratama dari Indonesia di tempat kedua dengan masa 29:01.631s sementara wakil Jepun, Gun Mie terpaksa akur di kedudukan ketiga dengan masa 29:01.848s.
Dalam pada itu, tiga lagi pelumba Malaysia menyaksikan Farres Putra Mohammad Fadhill menamatkan saingan di tempat ketujuh (29:14.613s), Muhammad Farish Hafiy ke-12 (29:24.393s) dan Emil Idzhar Ezuan ke-19 (29:47.601s).
Sebagai rekod, Muhammad Hakim menjuarai kedua-dua perlumbaan pusingan kedua di Mandalika International Street Circuit, Indonesia Mac lepas selepas permulaan hambar pada pusingan pertama di Litar Antarabangsa Losail di Qatar pada Februari dengan gagal menaiki podium.
Muhammad Hakim dan wakil Malaysia lain dijadual turun bersaing dalam perlumbaan kedua di Thailand, hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 01 2022

Pelumba berusia 15 tahun itu bangkit merampas kedudukan teratas podium pada Sabtu dengan merakam kepantasan 29 minit dan 01.585 saat. - Foto Facebook/Asia Talent Cup
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.

MotoGP Rookies Cup: Hakim Danish podium lagi di Misano
Pelumba berusia 17 tahun itu menamatkan perlumbaan di kelompok tiga terbaik walaupun memulakan perlumbaan di petak ke-11.

Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.

Hakim Danish, MAKAF diiktiraf pada Anugerah SAM-100PLUS 2022
Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysiamemilih pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai penerima anugerah Atlet Muda Terbaik pada majlis Anugerah SAM-100PLUS 2022.

Terengganu Inc taja pelumba cilik Hakim Danish
ZK Racing memaklumkan penajaan terhadap pelumba itu bertujuan membantu perkembangan Hakim Danish dalam arena sukan permotoran.

RNF MotoGP Racing Team taja Hakim Danish, Danial Syahmi
Penajaan itu merangkumi perbelanjaan perjalanan dan perkhidmatan hospitaliti di seluruh Eropah bagi musim ini.

Hakim Danish mahu kekal momentum di Red Bull MotoGP Rookies Cup 2023
Hakim Danish Ramli berharap mampu mengekalkan momentum kemenangan dalam penampilan sulungnya di Red Bull MotoGP Rookies Cup musim 2023.

ATC: Hakim Danish bangkit ungguli perlumbaan sengit di Thailand
Muhammad Hakim kembali menerajui senarai kedudukan pelumba dengan mengumpul keseluruhan 117 mata.

SIC buka pendaftaran dalam talian MiniGP musim kedua
Penganjuran edisi kedua diharap mendapat sambutan menggalakkan sekali gus dapat mencipta bakat baharu sukan permotoran negara.