KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) mengingatkan para atlet agar 'tidak syok sendiri' mengambil makanan tambahan sesuka hati sehingga mengundang bahaya buat karier mereka apabila didapati positif doping.
Pengerusi Jawatankuasa Perubatan/Doping KOM, Datuk R Annamalai menegaskan sebarang pengambilan produk tambahan perlu mendapat kebenaran pegawai perubatan di Institut Sukan Negara (ISN) dan dengan pengetahuan jurulatih mereka.
Malah beliau mengingatkan agar jurulatih secara berkala membuat pemeriksaan terhadap sebarang makanan atau minuman yang diambil oleh atlet di bawah jagaan mereka.
"Jurulatih kena kerap lakukan pemeriksaan apa barang (produk) yang atlet makan seperti produk yang mahu jadi cantik dan kurus dibeli secara dalam talian. Dia (atlet) tidak tahu itu adalah terlarang dalam kod anti doping.
"Saya rasa atlet itu ambil minuman dan dia tidak tahu. Kawan-kawan kata bagus dan dia makan bukan untuk tujuan olahraga (stamina) tetapi dia sendiri ambil (produk tambahan).
"Dia juga tidak membuat semakan dengan doktor atau jurulatih. Jadi timbul isu ini (positif doping)," katanya ketika ditemui media pada majlis Malam Anugerah Olahraga Malaysia di Kuala Lumpur pada malam Ahad.
Media baru-baru ini melaporkan atlet lompat tinggi kebangsaan Ngu Jia Xin digantung dua tahun selepas didapati positif ujian kawalan doping yang dilakukan di Kejohanan Trek dan Balapan KOM 2023.
Jia Xin yang memenangi pingat emas Sukma 2022 digantung selama dua tahun dari menyertai sebarang penyertaan bermula 2 Jun 2023 hingga 1 Jun 2025 selaras dengan Peraturan Anti-Doping Adamas 2021 dan Agensi Anti-Doping Dunia Kod 2021.
Justeru Annamalai berkata, atlet terbabit akan membuat rayuan dan memberi justifikasi secara bertulis secara terperinci, lengkah dan kukuh sebelum tarikh akhir selama 14 hari iaitu pada 24 Januari ini.
"Dia akan buat rayuan dan bagi justifikasi dalam bentuk tulisan. Ini kerana semasa pendengaran secara lisan di hadapan panel (Adamas), dia tidak banyak cakap, jadi susah untuk beri perincian.
"Rayuan untuk kurangkan jumlah tahun hukuman," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 16 2024

Jia Xin (gambar) digantung dua tahun dari menyertai sebarang penyertaan bermula 2 Jun 2023 hingga 1 Jun 2025, selaras Peraturan Anti-Doping Adamas 2021 dan Agensi Anti-Doping Dunia Kod 2021. - Gambar fail BERNAMA

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Atlet olahraga jangan 'syok sendiri'
Annamalai menegaskan sebarang pengambilan produk tambahan perlu dapat kebenaran pegawai perubatan di ISN dan dengan pengetahuan jurulatih.

Keputusan atlet gagal doping diketahui dua bulan lagi - Adamas
Pengarah Adamas, Azura Abidin berkata, sesi pendengaran membabitkan kes berkenaan telah diadakan pada Isnin lepas.

Beri kami peluang sertai lebih banyak kejohanan antarabangsa - Atlet olahraga
Kejohanan dan pertandingan di peringkat antarabangsa yang lebih kompetitif merupakan pendedahan yang baik kepada atlet negara.

Atlet olahraga digantung 'sangkut' doping - Adamas
Arena sukan negara dicemari dengan satu lagi insiden doping, kali ini melibatkan seorang atlet olahraga semasa Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2023 di Stadium Mini MSN.

Azeem pilih Universiti Auburn kembangkan karier olahraga
Poster atlet itu dimuat naik Universiti Auburn di media sosial berserta kapsyen yang mengalu-alukan kedatangannya.

Hilang galah, Nor Sarah gagal lakukan lompatan
"Saya tiada keyakinan untuk beraksi kerana tidak menggunakan galah yang saya bawa sendiri."

Atlet olahraga Shereen raih emas di Amerika Syarikat
Atlet olahraga negara Shereen Samson Vallabouy sekali lagi mencipta sensasi apabila meraih emas acara 400 meter (m) wanita di Kejohanan Individu Divisyen II Trek dan Padang di Michigan, Amerika Syarik

Tokyo 2020: Pecutan Azreen Nabila berakhir di pusingan pertama
Atlet olahraga, Azreen Nabila Alias, menamatkan perlumbaan pusingan pertama 100m wanita Sukan Olimpik Tokyo di tempat ketujuh.