KONTINJEN para negara diyakini mampu menyumbang pingat emas menerusi cabang sukan lain di Sukan Paralimpik Paris 2024.
Itu keyakinan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang percayai atlet para negara mampu menghasilkan keputusan luar biasa di Paris.
Jelasnya, keyakinan itu hadir berdasarkan pencapaian dan prestasi kontinjen para negara dalam dua temasya di Rio 2016 dan Tokyo 2020 sebelum ini.
"Sebenarnya kita sudah mencapai satu sejarah di Rio 2016 menerusi para olahraga apabila mereka meraih tiga emas.
“Di Tokyo 2020 pula, kita sekali lagi mencatat sejarah bukan saja daripada sukan olahraga tetapi juga dalam dua sukan lain iaitu powerlifting dan badminton.
"Saya juga percaya sekiranya nasib menyebelahi kontinjen para negara di Tokyo ketika itu, kita mungkin dapat memecahkan pungutan tiga emas di Rio," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MoU) antara MSN dan Allianz Malaysia, pada Selasa.
Biarpun begitu Ahmad Shapawi, menasihati atlet para negara untuk tidak terlalu berada dalam zon selesa, sebaliknya menggandakan usaha sebagai persediaan ke temasya sukan terbesar dunia itu.
"Kita juga tidak boleh leka dengan sukan yang sudah menyumbang emas, sebaliknya perlu terus mempamerkan prestasi konsisten atau lebih baik di Paris 2024.
"Kita juga harap boccia dan pingpong yang menyerlah di Tokyo 2020 akan menghasilkan sesuatu di Paris 2024, selain kita akan cuba mencari atlet baharu tenis kerusi roda dan sebagainya," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 14 2022

Ahmad Shapawi (tengah) bersama atlet paralimpik negara ketika majlis menandatangani MoU antara MSN dan Allianz Malaysia di Casa 4, MSN, Bukit Jalil, 13 Sept 2022. --fotoBERNAMA

Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jamaludin ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng.
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Pengajaran buat semua komuniti Liga-M
Kesalahan menurunkan pemain tidak berkelayakan pada aksi final pertama 15 Feb lalu menyaksikan The Cops dihukum.

Salah, Szoboszlai hantui Manchester City di Etihad
Kemenangan luar biasa ke atas penyandang juara ini melebarkan jurang mata di puncak liga dan memberi tekanan psikologi kepada Arsenal.

Bekas bintang Arsenal, Manchester United kini bersama Feyenoord
Pemain berusia 41 tahun itu menandatangani kontrak sehingga Jun 2027 selepas dilepaskan Heerenveen.

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.

Atlet paralimpik mampu hasilkan keputusan luar biasa di Paris
Keyakinan itu hadir berdasarkan pencapaian dan prestasi kontinjen para negara dalam dua temasya di Rio 2016 dan Tokyo 2020 sebelum ini.

'Ini kejayaan besar yang membanggakan!' - Tun Mahathir ucap tahniah kepada Ridzuan Puzi
Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi.