Skuad hoki lelaki negara diingatkan agar bermain untuk kepentingan dan masa depan sendiri dan pasukan jika mahu melakar sejarah meraih pingat emas pertama pada Sukan Asia 2018 sekali gus menghidupkan peluang beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi berkata peluang yang disifatkan berada di depan mata itu perlu disahut secara serius dalam memberi bayangan pasukan kendalian Stephen Van Huizen bersungguh-sungguh menginginkan misi itu dapat dicapai.
"Sebagai pemain hoki mereka harus tahu ketika bermain buat negara adalah sesuatu yang merugikan jika mereka tidak berpeluang beraksi di Olimpik Tokyo 2020 nanti.
Kalau kita tengok pengorbanan yang mereka lakukan, saya tekankan di sini agar mereka bermainlah buat diri sendiri serta pasukan untuk memastikan pengorbanan mereka selama ini berbaloi," katanya kepada pemberita selepas hadir memberi motivasi buat pasukan hoki lelaki negara di sini pada Selasa.
Menurut Mirnawan, skuad Malaysian Tigers itu mampu melakukan kejutan berdasarkan pencapaian semasa mereka ditambah dengan keputusan hasil undian temasya di Jakarta itu.
"Saya tak rasa ianya mustahil sebab pada tahun 2010, kebanyakan pemain yang berada di dalam skuad itu telah mencipta sejarah layak ke peringkat akhir dan memenangi pingat perak," katanya.
Skuad Malaysia yang menghuni ranking ke-12 dunia diundi dalam Kumpulan B bersama Pakistan, Bangladesh, Oman,Thailand dan Kazakhstan sementara Kumpulan A terdiri daripada juara bertahan India, Jepun, Korea Selatan, Sri Lanka, Hong Kong dan Indonesia
Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad lelaki negara pada siri Sukan Asia ialah berada di kedudukan kedua pada edisi 2010 di Guangzhou, China, apabila tewas 0-2 kepada Pakistan di final.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 14 2018

MIRNAWAN: Sebagai pemain hoki mereka harus tahu ketika bermain buat negara adalah sesuatu yang merugikan jika mereka tidak berpeluang beraksi di Olimpik Tokyo 2020 nanti.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Paralimpik Paris 2024: Anwar ucap selamat maju jaya
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet paralimpik negara yang akan meneruskan misi memburu emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Formasi dron, pancaran laser warnai perasmian gilang-gemilang SUKMA 2024
Orang ramai mulai membanjiri stadium seawal 5 petang bagi bersama-sama menyaksikan pembukaan temasya dwitahunan kebangsaan itu.

'Meletakkan orang yang betul dalam kedudukan yang betul' - Hannah
Hannah mahu memperkemaskan struktur dalam barisan kepimpinan sukan menerusi pendekatan meletakkan orang yang betul dalam kedudukan yang betul.

Pembukaan Olimpik 2024: Koleksi 'The Malaya' Rizman Ruzaini bakal jadi tumpuan di Paris
THE Malaya, hasil cetusan ilham yang dihasilkan pereka fesyen tanah air, Rizman Ruzaini untuk atlet Malaysia di upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 bakal menjadi tumpuan dunia pada 27 Julai ini.

Olimpik 2024: Tahap kesedaran doping tinggi dalam kalangan atlet ke Paris - Adam Adli
MSN dan ISN sentiasa memastikan 26 atlet negara ke temasya sukan itu bebas daripada penggunaan bahan larangan sehingga gagal ujian doping.

Henti sebarkan perkara tidak rasmi berkaitan atlet Malaysia ke Olimpik Paris 2024 - Hannah
Ia bagi membolehkan atlet berada dalam keadaan fokus kepada persediaan mereka dan pada masa sama menjaga kesihatan mental 26 atlet negara.

Johnathan tekad lakukan yang terbaik pada penampilan kedua di pentas Olimpik
Johnathan Wong sifatkan persediaannya berada di tahap terbaik untuk memastikan dirinya mampu menghasilkan keputusan positif.

Sukan Olimpik: Hoe Yean, Rouxin peroleh tiket 'wild card' ke Paris
Dua perenang negara Steve Khiew Hoe Yean dan Tan Rouxin menjadi atlet terbaharu negara yang bakal beraksi pada temasya Olimpik Paris 2024.

Sukan Olimpik: Ashley Lau atlet ke-22 negara layak ke Paris 2024
Pemain golf wanita profesional negara, Ashley Lau Jen Wen akan membuat penampilan sulung dalam edisi kali ini.

Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas
Lima sukan itu ialah badminton, berbasikal, terjun, memanah dan sukan perahu layar, yang mempunyai peluang cerah untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara.