KLANG: Seramai 28 atlet Selangor semalam menerima insentif kemenangan berjumlah RM92,900 susulan pencapaian cemerlang mereka di Sukan SEA Hanoi 2022 dan Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Insentif itu disampaikan oleh Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu majlis di Istana Alam Shah di sini yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah memperuntuk pemberian insentif sebanyak RM59,900 bagi Sukan SEA Hanoi dan RM33,000 bagi Sukan Komanwel Birmingham sebagai menghargai jasa serta penglibatan penggiat sukan di Selangor.
Pemain beregu badminton wanita M. Thinaah merupakan penerima insentif terbesar yang menyaksikan beliau membawa pulang RM22,000 kerana menyumbang dua pingat emas Sukan Komanwel 2022.
Atlet kelahiran Klang itu berkata insentif tersebut sedikit sebanyak memberi semangat kepadanya untuk terus berlatih bagi menghadapi perlawanan akan datang.
"Sumbangan ini juga merupakan motivasi untuk atlet Selangor dan kami amat gembira serta menghargai insentif ini," katanya kepada media.
Menurutnya beliau kini gigih berlatih untuk Terbuka Denmark dan Perancis pada bulan depan manakala pasangan beregunya, Pearly Tan masih dalam tempoh pemulihan akibat kecederaan yang dijangka mengambil masa empat hingga enam minggu.
"Apapun kita akan tumpukan kepada pemulihan Pearly buat masa ini kerana itu yang lebih penting daripada mana-mana kejohanan," katanya.
Bagi atlet lontar peluru para negara Muhammad Ziyad Zolkefli, insentif itu dapat memberi motivasi kepada atlet untuk terus berjuang dalam industri sukan dan mencapai prestasi lebih baik.
"Insentif ini juga akan menyuntik semangat rakan-rakan atlet yang masih di bawah dan akan berusaha untuk mencapai kemenangan di kejohanan akan datang," katanya yang meraih pingat gangsa di Sukan SEA ke-31.
Menurutnya pada tahun ini, beliau memberi tumpuan pada sesi latihan bagi menghadapi pelbagai kejohanan termasuk Sukan SEA, Sukan Para ASEAN dan Sukan Para Asia bermula Mei 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 06 2022

Raja Muda Selangor (tengah) dan Amirudin (dua, kiri) bergambar bersama para atlet negara yang juga atlet Selangor pada majlis di Istana Alam Shah Klang, 6 Sept 2022. --fotoBERNAMA

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Atlet Selangor cemerlang di Sukan SEA, Komanwel 2022 terima insentif
Insentif disampaikan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu majlis di Istana Alam Shah.