IPOH: Barisan jurulatih dan atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Perak dinasihatkan melakukan kajian terperinci sebelum mengambil sebarang makanan tambahan bagi mengelak gagal ujian doping.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah berkata mereka juga perlu mengetahui bahan yang terkandung dalam makanan tambahan yang diambil untuk memastikan kontijen negeri tidak dikenakan tindakan di bawah Peraturan Anti-Doping ADAMAS 2021.
"Saya tegaskan sekali lagi kepada semua atlet SUKMA negeri agar berhati-hati mengambil sebarang ubat-ubatan dan makanan tambahan bagi mengelak terperangkap dalam isu doping.
"Atlet juga dinasihatkan sentiasa peka, bertanggungjawab malah tidak boleh main makan saja makanan tambahan tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu melalui pakar perubatan yang dilantik Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak," katanya pada sidang media di sini malam tadi selepas menyaksikan Perlawanan Akhir Piala XOX 2023 antara pasukan Kinta Utara (SMK Anderson) menentang Sekolah Sukan Negeri (SSN) Perak (SMK Gunung Rapat) di Kompleks Bola Sepak Perak, Chepor.
Khairudin berkata walaupun isu doping berlaku dalam kalangan banyak negara di dunia namun menjadi tanggungjawab atlet itu sendiri memastikan mereka bebas isu berkenaan agar tidak kerugian.
"Ada kes di mana atlet mengambil makanan tambahan selepas disyorkan mereka yang kurang arif mengenai pemakanan kesihatan termasuk daripada jurulatih sendiri.
"Akibatnya atlet itu positif ujian doping dan kita tidak mahu atlet SUKMA 2024 kita akan berhadapan dengan situasi sama hingga memberikan kesan pada kontinjen negeri kita," katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu atlet lompat tinggi kebangsaan Ngu Jia Xin disahkan positif doping pada Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang berlangsung pada Februari lalu di Stadium Mini, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.
Atlet dari Perak itu digantung dua tahun daripada menyertai sebarang pertandingan selepas dikesan menggunakan bahan terlarang sibutramine di kejohanan itu.
Khairudin juga berharap Jia Xin akan membuat rayuan susulan terhadap hukuman yang diterimanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2024

Khairudin berkata mereka juga perlu mengetahui bahan yang terkandung dalam makanan tambahan yang diambil. - Foto BERNAMA

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.

Atlet SUKMA Perak diingat berhati-hati ambil makanan tambahan elak gagal doping
Mereka juga perlu mengetahui bahan yang terkandung dalam makanan tambahan yang diambil.