KUALA LUMPUR: Penerjun kebangsaan dikejutkan dengan persembahan cemerlang atlet Uzbekistan Igor Myalin yang meraih emas acara 10 meter (m) platform lelaki pada Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia 2023 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.
Myalin mengumpul 428.55 mata menewaskan wakil pasukan kebangsaan Jellson Jabillin yang menyumbang perak dengan 406.00 mata dan penerjun pilihan Bertrand Rhodict Lises yang terpaksa berpuas hati dengan gangsa (366.35 mata), pada hari terakhir kejohanan hari ini.
Bagi Bertrand, keputusan itu merupakan pengajaran berharga buatnya, terutama dalam menguruskan keterujaan ketika pertandingan.
"Saya melakukan kesilapan pada terjunan kedua dan kelima yang menyebabkan kehilangan banyak mata tetapi persembahan saya secara keseluruhannya baik.
"Jurulatih turut memberitahu saya tidak boleh terlalu teruja ketika pertandingan. Ia satu pengajaran bagi saya.." katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian pingat.
Atlet berusia 18 tahun dari Sarawak yang muncul penerjun negara pertama layak ke Sukan Olimpik Paris tahun depan berkata beliau akan mengalihkan fokus kepada meningkatkan tahap kesukaran dalam kem latihan di China, bulan depan.
Sementara itu Jellson gembira dapat mengakhiri kempen dengan meraih perak meskipun berasa kurang sihat sepanjang kejohanan.
Terdahulu, gandingan pasukan kebangsaan Hanis Nazirul Jayasurya-Wendy Ng Yan Yee menguasai acara 3 meter papan anjal seirama dengan mata keseluruhan 262.80 untuk merangkul emas.
Soh Tze Kang-Dayang Nursharyza Awang Nasaruddin menyumbang perak untuk Sarawak selepas mengumpul 213.06 manakala wakil Kuala Lumpur Choo Jin Wei-Ameera Irdina Mazwan di tempat ketiga dengan 183.60 mata.
Pasukan kebangsaan muncul juara kejohanan tiga hari itu dengan pungutan lima emas, tiga perak dan tiga gangsa, diikuti Sarawak sebagai naib johan dengan dua emas dua perak, manakala Uzbekistan di tempat ketiga dengan dua emas, satu perak dan satu gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 06 2023
Myalin mengumpul 428.55 mata menewaskan wakil pasukan kebangsaan Jellson Jabillin yang menyumbang perak dengan 406.00 mata dan penerjun pilihan Bertrand Rhodict Lises yang terpaksa berpuas hati dengan gangsa (366.35 mata). - Bernama
Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.
Digital nomad: New Zealand longgarkan peraturan visa pelawat
New Zealand juga menyasarkan pelancong yang mahukan peluang untuk bekerja sambil mengembara di negara itu.
Menara loceng bangunan abad ke-19 di Paris musnah
Kebakaran di bangunan pentadbiran daerah ke-12 Paris memusnahkan menara loceng dalam kejadian awal pagi Isnin.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Eksekutif letak jawatan akibat dakwaan salah laku seksual
Dua eksekutif syarikat Fuji Media Jepun umum letak jawatan selepas mengakui gagal menangani isu dakwaan salah laku seksual melibatkan pengacara terkenal, Masahiro Nakai.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Tumpuan Selasa – 29 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (27 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ribuan banduan di Congo loloskan diri dari penjara
Difahamkan, perkara ini tercetus apabila sekumpulan pemberontak yang disokong Rwanda berjaya memasuki ke bandar Goma di timur Congo.
Harapan untuk pulang musnah, Israel dan Hamas tuduh langgar perjanjian
Rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal seperti Omar Halawa menunggu selama berjam-jam di penghadang tentera Israel di Wadi Gaza, berusaha untuk menyeberangi jalan pesisir.
Usaha Lestari Niaga perkasa peniaga kecil serta tarik pelancong
Dr Zaliha menambah, langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
ASUM timbang panggil Jun Hoong kembali jalani proses pemilihan ke Piala Dunia 2020
Jun Hoong sebelum ini, terpaksa berehat panjang kerana mengalami kecederaan lutut dan tidak menyertai sebarang pertandingan sejak Mei tahun lepas.