ARSENAL sahkan mengikat penyerang Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang, 28 tahun dari Borussia Dortmund dengan rekod yuran tertinggi kelab itu bernilai 60 juta pound (RM332 juta).
Tempoh kontrak Aubameyang bagaimanapun tidak didedahkan, namun Arsenal memaklumkan pemain yang pernah memenangi gelaran Pemain Terbaik Afrika 2015 itu memeterai kontrak jangka panjang.
The Gunners sebelum ini mengemukakan bidaan dua kali untuk mendapatkan Aubameyang dengan nilai 46.5 juta pound (RM258 juta), namun ia ditolak Dortmund.
Dortmund hanya setuju melepaskan Aubameyang selepas mendapat pengganti dari Chelsea, Michy Batshuayi secara pinjaman.
Arsenal dalam kenyataan di laman web rasmi memaklumkan perpindahan Aubameyang masih kini bergantung kepada proses kawal selia.
Aubameyang dalam pada itu menyifatkan perpindahan ke The Gunners sebagai sesuatu yang mengujakan.
"Saya gembira dapat menyertai pasukan hebat ini. Kelab ini mempunyai sejarah hebat dengan pemain ternama seperti Thierry Henry, yang merupakan contoh kepada penyerang ketika ini. Saya mahu menjadi seperti dia," kata Aubameyang.
Aubameyang menjaringkan 141 gol dalam 213 perlawanan untuk Dortmund, termasuk 21 jaringan untuk 24 perlawanan musim ini.
Agensi
Wed Jan 31 2018

Aubameyang menjaringkan 21 gol untuk Dortmund bagi 24 perlawanan musim ini. - Foto REUTERS

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"
Menang Oscar, Pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Seorang maut, beberapa individu cedera dirempuh kereta
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim pada Isnin.
Trump akan maklum mengenai perbincangan galian Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan memberikan maklumat terkini mengenai perjanjian galian Ukraine pada Selasa.
Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Inflasi global menekan ekonomi dan meningkatkan kos sara hidup rakyat Singapura. Perdana Menteri Lawrence Wong menegaskan cabaran ini melangkaui GST, didorong oleh ketidaktentuan global, sementara Bajet 2025 memperkenalkan langkah tambahan, termasuk Pakej SG60, untuk meringankan beban dan mempersiapkan negara menghadapi masa depan yang mencabar.

Aidilfitri: 12,600 tiket tambahan ETS mula dijual hari ini
Tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual pukul 10 pagi ini (4 Mac).

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

EPL: Díaz, Salah pacu Liverpool atasi Wolverhampton
Kemenangan ke-18 selepas mengharungi 25 perlawanan membolehkan The Reds kendalian Arne Slot gah di puncak liga dengan 60 mata.

Mikel Merino tak sangka jadi penyerang bidan terjun
Merino menjadi pemain Arsenal pertama yang menjaringkan dua gol sebagai pemain gantian dalam perlawanan EPL.

Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle
Jaringan Jacob Murphy dan Anthony Gordon sudah cukup untuk membawa mereka ke Wembley dengan agregat 4-0.

Arteta tak kisah sindiran 'stay humble' Haaland
Arteta turut menegaskan bahawa hubungannya dengan Pep Guardiola tetap positif.

EPL: Kemarahan Arteta berbaloi, hukuman kad merah pemain Arsenal dibatalkan
Terdahulu, pemain berusia 18 tahun itu menerima kad merah oleh pengadil selepas didapati mengasari Matt Doherty, Sabtu lalu.

UCL: Arsenal selangkah mara ke pusingan 16 terbaik
Declan Rice, Kai Havertz dan Martin Odegaard masing-masing menjaringkan gol bagi membantu pasukan memperkukuh status.

Piala FA: Amorim lega Manchester United pamer kemajuan
United mengejutkan Arsenal menerusi gol pendahuluan Bruno Fernandes pada minit ke-52.

Ini tidak adil, kata Arteta
Mikel Arteta meluahkan kekecewaannya terhadap hukuman sepakan penalti yang dilabelnya keras ketika Arsenal seri 1-1 di Brighton.

EPL: Gabriel Martinelli pacu kebangkitan Arsenal benam Brentford
Bryan Mbeumo yang dalam momentum cemerlang menjaringkan gol ke-11 liga untuk memberikan The Bees mendahului seawal minit ke-13.