Atlet berusia 20 tahun itu berjaya menamatkan larian di tempat ketiga dalam perlumbaan akhir Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships, sekali gus menggondol pingat gangsa buat Universiti Auburn.
Sebelum ini, atlet kelahiran Perak itu melakukan larian sepantas 6.60s dalam Kejohanan Jemputan Paw di South Carolina.
Sementara itu, rakan sepasukannya, Israel Okon, membawa pulang pingat perak selepas hanya dibezakan satu saat sahaja dengan pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou itu.
Tahniah Azeem Fahmi!
