KUALA LUMPUR:Jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang membuktikan kehebatannya apabila mengakhiri musim 2020 dengan penuh bergaya apabila meraih pingat emas acara keirin lelaki dalam Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2020 di Brisbane, Australia hari ini.
Lebih membanggakan negara apabila rakan seperjuangan Muhammad Shah Firdaus Sahrom merangkul pingat gangsa manakala pelumba Australia Matthew Glaetzer memenangi perak dalam acara yang berlangsung di Anna Meares Velodrome.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam hantaran di Facebook rasminya mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pelumba atas kayuhan menakjubkan itu walaupun setelah 'berehat panjang' dan menyifatkan kejayaan membanggakan itu merupakan berita gembira kepada peminat.
"Tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua atlet negara ini. Walaupun setelah agak lama tidak beraksi di kejohanan berbasikal, hari ini sekali lagi Azizulhasni muncul sebagai juara di kejohanan peringkat antarabangsa. Satu lagi kejayaan yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
"Saya yakin kejayaan seperti ini bakal menjadi pembakar semangat kepada seluruh atlet negara untuk terus berusaha meningkatkan prestasi dan menyertai kejohanan-kejohanan di peringkat antarabangsa," katanya.
Menurut laman Facebook rasmi Malaysia Track Cycling, Mohd Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketman' bersama Muhammad Shah Firdaus turut mengambil bahagian dalam acara pecut lelaki dan masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima.
Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus yang telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo pada Julai tahun depan merupakan dua wakil negara yang bertanding dalam kejohanan tiga hari itu yang bermula 18 Dis.
Kedua-dua mereka adalah antara anggota skuad elit kebangsaan yang kini berpangkalan di Melbourne, Australia.
Februari lepas, Mohd Azizulhasni meraih pingat gangsa acara keirin lelaki dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Berlin, Jerman.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 20 2020

Lebih membanggakan negara apabila rakan seperjuangan Muhammad Shah Firdaus Sahrom merangkul pingat gangsa manakala pelumba Australia Matthew Glaetzer memenangi perak. - Foto Facebook/Malaysiantrackcycling
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Hannah jumpa Mohd Azizulhasni untuk bincang hala tuju karier
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadual akan mengadakan pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini.

Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.

Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan
Kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara.

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.

Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.

Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.

Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.

Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.