JAGUH negara, Datuk Azizulhasni Awang menoktahkan perjuangannya pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023 di Glasgow, Scotland tanpa sebarang pingat.
Azizulhasni terpaksa akur apabila mengakhiri acara kegemarannya, keirin di tangga kesembilan - kedudukan yang sama diraihnya dalam saingan pecut individu pada Isnin lalu.
"Tempat kesembilan untuk acara keirin dan juga tempat kesembilan untuk acara pecut individu. Bukanlah keputusan yang saya mahukan untuk penampilan terakhir pada Kejohanan Dunia ini.
"Namun saya harus menerima dengan hati yang terbuka. Kita merancang, ALLAH merancang dan ALLAH adalah sebaik-baik perancang.
"Dari sudut yang positif, saya masih mendapat banyak kutipan mata untuk kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
"Terima kasih atas sokongan dan doa dari anda semua serta ribuan maaf atas prestasi di sini (Glasgow)," tulis Azizulhasni dalam laman Facebooknya.
Pada awal pagi Khamis, Azizulhasni yang juga juara dunia edisi 2017 gagal melayakkan diri ke pentas final apabila menduduki tangga keempat dalam saingan separuh akhir.
Sebelum itu, Azizulhasni tidak berdepan masalah di peringkat suku akhir selepas berjaya menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik untuk mara ke separuh akhir.
Namun, Azizulhasni gagal 'menyelit' dalam kelompok tiga terbaik di peringkat separuh akhir yang menyaksikan penyandang juara, Harrie Lavreysen dari Belanda, Jack Carlin (Britain) dan Kevin Quintero (Colombia) meloloskan diri ke final.
Dalam aksi klasifikasi tempat ketujuh hingga ke-12, Azizulhasni mengakhiri perjuangannya di Velodrom Sir Chris Hoy di tempat kesembilan di belakang pelumba Australia, Matthew Glaetzer dan Kaiya Ota dari Jepun.
Pada Isnin lalu, kemenangan pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu ke atas Thomas Cornish dari Australia di pusingan kedua acara pecut individu dibatalkan.
Ia susulan pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu didakwa melakukan kesalahan apabila memasuki lorong Cornish di laluan lurus selepas selekoh terakhir. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 10 2023
Azizulhasni akur menduduki tangga kesembilan acara pecut individu dan keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023 di Glasgow. - Foto Astro ARENA
Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.
AWANI Ringkas: Mahkamah Sesyen beri kebenaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
Perkembangan banjir di Sandakan
Wakil Astro Awani Rebecca Chong, melaporkan perkembangan banjir, hampir semua kawasan di Sandakan, ditenggelami air.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Tahap buruk di Sabah sehingga Jumaat
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah.
Hujan lebat berterusan, bandar Sandakan terjejas
Hujan lebat tanpa henti sejak pukul 8.30 pagi telah menyebabkan banjir kilat yang menjejaskan hampir kesemua kawasan bandar di Sandakan.
Mahkamah benar permohonan pesara kerajaan untuk pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi membenarkan pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016, yang berkuat kuasa, mulai Januari 2022.
Johor catat hasil RM2.1 bilion tahun lepas, tertinggi pernah direkodkan - Onn Hafiz
Beliau berkata pencapaian itu sekali gus menyaksikan jumlah tersebut melebihi sasaran yang ditetapkan kerajaan negeri sebanyak RM1.9 bilion.
Azizulhasni akur pengakhiran tanpa kilauan pingat
Azizulhasni terpaksa akur apabila mengakhiri acara kegemarannya di tangga kesembilan - kedudukan yang sama dalam saingan Isnin lalu.
Azizulhasni gagal dalam misi raih podium Kejohanan Berbasikal Trek Dunia
Laluan Azizulhasni tersekat selepas beliau menamatkan aksi saringan pertama pusingan separuh akhir di kedudukan keempat.
Pasukan para raih gangsa, Azizulhasni mara ke suku akhir
Azizulhasni Awang memenuhi jangkaan apabila beliau mara ke suku akhir acara kegemarannya keirin elit lelaki selepas mengungguli pusingan saringan ketiga.
Kejohanan Berbasikal Dunia: Nurul Izzah, Anis Amira pulang awal
Nurul Izzah yang mencatatkan 11.183 saat menduduki tempat ke-31, manakala Anis Amira yang mencatatkan 11.410s di tempat ke-33.