KUALA TERENGGANU: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang memberi bayangan akan bersara dalam arena sukan yang diceburinya.
Pemenang pingat perak acara keirin Sukan Olimpik Tokyo itu juga berkata Sukan Olimpik 2024 mungkin penampilan terakhirnya sebelum bersara.
Menurut anak kelahiran Dungun, Terengganu itu, pengunduran yang dibuat itu bagi memberi ruang kepada atlet muda mengetuai cabaran skuad berbasikal negara.
“Seperti semua tahu saya sekarang ini sedang membuat persiapan ke Sukan Olimpik di Paris iaitu kemungkinan yang terakhir … dan kita punya misi pergi sana untuk peroleh emas… saya sudah dapat gangsa di Rio (de Janeiro, Brazil), pingat perak di Tokyo dan Insya-Allah untuk Paris kita akan sasar emas. Saya rasa tidak ada apa-apa masalah dari segi persiapan,” kata beliau.
Azizulhasni berkata demikian kepada dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang disampaikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar di sini pada Rabu.
Dalam majlis itu, Azizulhasni menerima insentif berupa ganjaran sebuah rumah kediaman bernilai RM300,000 dan dan wang tunai RM50,000 sumbangan kerajaan negeri.
Sehubungan itu,beliau berkata, beberapa perancangan juga telah diatur selepas meninggalkan sukan berbasikal tersebut termasuk menyambung pelajaran.
“Saya ada beberapa perancangan tetapi buat masa ini, saya tak boleh nak kongsi lagi (cuma) untuk jangka pendek selepas Olimpik (Tokyo) saya nak habiskan belajar dulu.
“Sekarang ini pun di Melbourne saya ada setahun lagi, kalau boleh habis degree (ijazah) saya nak sambung belajar lagi, tapia da juga beberapa perancangan lain, tapi buat masa ini kita simpan dulu… fokus untuk Olimpik,”ujarnya.
Pemain berusia 33 tahun itu juga berkata, fokusnya kini untuk menghadapi Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun depan.
The Pocket Rocketman itu muncul sebagai rakyat Malaysia pertama memenangi pingat perak dalam acara berbasikal trek di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 8 Ogos lepas.
BACA: Azizulhasni bangga wakili 32 juta rakyat Malaysia, harap semangat perpaduan terus kukuh
BACA: Nama Azizulhasni terpahat lagi dalam Malaysia Book of Records
Nur Fazlizai Ali
Wed Aug 25 2021

Datuk Azizulhasni Awan menerima cenderamata daripada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar di Kuala Terengganu pada Rabu. - Gambar Astro AWANI

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tingghi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.

Hannah jumpa Mohd Azizulhasni untuk bincang hala tuju karier
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadual akan mengadakan pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini.

Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.

Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan
Kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara.

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.

Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.

Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.

Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.

Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.