MELBOURNE: Selepas beberapa bulan menjalani pembedahan jantung, jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kini dalam proses menguatkan asas ketahanannya, sebelum beralih kepada latihan yang lebih intensif.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu berkata beliau memerlukan asas ketahanan yang kukuh, selepas berehat panjang dari dunia sukan berbasikal ekoran masalah jantung jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur dari aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA).
"Proses pemulihan mengikut sepertinya. Dua bulan selepas pembedahan, saya ada buat ujian dengan pakar kardiologi dan beliau mendapati luka dalaman bertambah baik dan tidak mempunyai sebarang masalah sampingan.
"Jadi sekarang saya berada dalam fasa kedua dan terakhir...saya memerlukan rehabilitasi untuk tulang dada serta fisiologi untuk kuatkan otot dan sendi. Ya, ia ambil sedikit masa untuk sembuh, namun saya percaya sekurang-kurangnya Disember ini saya mampu pulih dan kembali beraksi, untuk kumpul mata ke Sukan Olimpik Paris 2024," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Persidangan Perniagaan Halal Dunia (WHBC) 2022 di Melbourne, Australia.
Katanya beliau merasakan perkara paling sukar adalah apabila perlu bermula dari kosong dan perlu berada semula di kemuncak prestasi.
"Tapi, saya tidak mudah putus asa, saya pasti akan teruskan latihan dengan lebih konsisten selepas ini," katanya.
Atlet berusia 34 tahun yang juga harapan pingat emas negara pada Olimpik Paris 2024 itu, akan kembali ke tanah air pada pertengahan September untuk bersama pasukan kebangsaan.
Atlet yang dikenali the Pocket Rocketman itu juga mengakui masih berasa tidak selesa dan risau untuk melakukan aktiviti sehariannya, apatah lagi menjalani latihan berat.
Selain kekuatan fizikal, Azizulhasni berkata kesihatan mental dan pemahaman mengenai penyakit serta risiko selepas pembedahan adalah amat penting, bagi memastikan proses pemulihannya berjalan lancar.
"Ini bukan kecederaan besar pertama saya, sebelum ini saya pernah kemalangan di Piala Dunia Manchester, yang hampir meragut karier saya pada 2011 dulu. Jadi pengalaman itu sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada saya untuk melalui fasa kali ini dengan lebih mudah," katanya.
Dalam perkembangan lain, Azizulhasni yang sudah 15 tahun berkelana di Melbourne berkata beliau tidak menolak jika berpeluang untuk menceburi bidang perniagaan, terutamanya berkaitan industri sukan dan halal.
Beliau berpendapat industri sukan dan halal mempunyai pasarannya yang tersendiri, dan mampu berkembang pesat pada masa akan datang.
"Kalau kita lihat, negara bukan Islam juga mempunyai ramai atlet Islam dan makanan halal ini bukan sahaja menjadi pilihan atlet beragama Islam, bahkan bukan Islam juga memilih makanan halal seperti supplemen halal, disebabkan keyakinan dalam proses penghasilan produk itu.
"Bagi saya produk halal sekarang sudah menjadi kemestian, bila temasya multi-sukan dianjurkan dan saya berharap suatu hari nanti, saya boleh menceburi bidang itu," katanya.
Mengulas mengenai inisiatif Halal Development Corporation Bhd (HDC) mengadakan WHBC 2022 di Australia, Azizulhasni berkata beliau bangga dengan usaha berkenaan, terutamanya apabila industri halal Malaysia dikembangkan ke luar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 01 2022

Azizulhasni yang sudah 15 tahun berkelana di Melbourne berkata beliau tidak menolak jika berpeluang untuk menceburi bidang perniagaan, terutamanya berkaitan industri sukan dan halal. - Foto fail/BERNAMA

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Azizulhasni fokus kuatkan asas ketahanan sebelum beralih ke latihan intensif
Selepas beberapa bulan menjalani pembedahan jantung, jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kini dalam proses menguatkan asas ketahanannya.

Tokyo 2020: Azizulhasni bina otot demi acara pecut berbasikal trek
Acara pecut berbasikal trek Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang membuka tirai hari ini tetap menjadi keutamaan Datuk Azizulhasni Awang.