NILAI: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak berdepan masalah menjuarai acara pecut lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024 di Velodrom Nasional Nilai di sini, hari ini.
Biarpun menerima tentangan sengit daripada pelumba Johor Muhammad Ridwan Sahrom, namun Azizulhasni yang mewakili Terengganu tetap berjaya melintasi garisan penamat untuk merangkul emas.
Pemenang pingat Sukan Olimpik dua kali itu yang turut diberi julukan 'The Pocket Rocketman' mengakui kagum dengan kayuhan bertenaga Muhammad Ridwan selepas lawannya memberi cabaran hebat pada aksi final.
"Saya lihat Ridwan telah banyak meningkat. Sebenarnya, saya tidak sepatut berlumba selepas saingan sukar di Piala Trek Jepun II di Shizouka minggu lepas.
"Namun saya perlu beberapa perlumbaan kerana jika tidak saya tidak dapat latihan, perlu tunggu pertandingan habis dahulu baru boleh berlatih di sebelah malam. Jadi saya hanya menyertai sebagai sebahagian sesi latihan (menjelang Sukan Olimpik 2024)," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas perlumbaan.
Dalam pada itu, abang Ridwan, Muhammad Shah Firdaus pula mendominasi perlumbaan penentuan gangsa untuk mengecewakan Muhammad Fadhil Mohd Zonis.
Terdahulu, Azizulhasni mara ke final dengan menewaskan Muhammad Shah Firdaus manakala Ridwan pula mengatasi Muhammad Fadhil di peringkat separuh akhir.
Sementara itu, bintang meningkat naik, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri memenangi emas untuk Kedah dengan menafikan saingan dari wakil Perlis, Anis Amira Rosidi dalam perlumbaan final pecut wanita elit.
Pelumba Selangor Yong Ann Tung melakar kejutan menumbangkan atlet negara dari Pulau Pinang, Nurul Aliana Syafika Azizan untuk membawa pulang gangsa.
Nurul Izzah Izzati sebelum itu mengesahkan tempat ke peringkat akhir dengan menyingkirkan Nurul Aliana manakala Anis Amira mengatasi Ann Tung di peringkat separuh akhir.
Bagi acara scratch lelaki elit, Muhammad Yusri Shaari dari Buceros Cycling Club muncul juara diikuti pelumba Melaka Muhammad Hafiq Mohd Jafri dan gangsa milik Muhammad Adam Hakimi Nazuan dari Perak.
Saingan scratch wanita elit menyaksikan Nur Aisyah Mohd Zubir yang bakal membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik Paris menyambar emas untuk Terengganu manakala perak diraih Yeong Zhen Yi dari Kuala Lumpur dan Valencia Tan dari Singapura terpaksa berpuas hati dengan gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024
Datuk Mohd Azizulhasni Awang meraikan kemenangan dengan memperoleh pingat Emas bagi acara Men Elite Sprint pada Kejohanan Trek Kebangsaan 2024 di Velodrom Nasional Nilai, hari ini. - Foto BERNAMA
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Olimpik Paris: ISN guna khidmat Dr Jeffrey pantau situasi Mohd Azizulhasni
ISN akan menggunakan khidmat Dr Jeffrey Jeswant Dillon untuk memantau situasi jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang di Olimpik Paris nanti.
Daya ketahanan mental lebih baik daripada sebelum ini - Azizulhasni
Azizulhasni menetapkan sasaran untuk memenangi emas di Olimpik Paris pada penampilan terakhirnya dan kelima di temasya terbesar dunia itu.
Azizulhasni ketepi saingan Ridwan, juarai acara pecut di Nilai
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak berdepan masalah menjuarai acara pecut lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024.
PKBM sasar Mohd Azizulhasni raih pingat emas di Sukan Olimpik Paris
Amarjit berkata sasaran itu bukan dilakukan secara tiba-tiba malah ia realistik berdasarkan keadaan The Pocket Rocketman ketika ini.
Pocket Rocketman masih berbisa, peroleh emas di Piala UCI Adelaide
Kemenangan itu sekali gus memberi mata buat Mohd Azizulhasni untuk ke pentas Sukan Olimpik Paris 2024, Julai ini.
ACC 2023: Azizulhasni bukti kejaguhan dengan emas keirin
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang meraih pingat emas keduanya dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 dengan mengungguli acara keirin lelaki.
Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.
Azizulhasni sambar emas ketiga dalam tempoh 24 jam di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang merangkul pingat emas ketiganya dalam tempoh 24 jam selepas mendominasi saingan keirin lelaki Piala Trek Antarabangsa Hong Kong II 2023.
Azizulhasni kembali gegar Velodrom Nilai
Dalam aksi penentuan pingat emas, Azizulhasni yang mewakili Terengganu mengetepikan rakannya Muhammad Shah Firdaus yang mewakili Johor.