NILAI: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang berada dalam kelas tersendiri apabila memenangi dua pingat emas masing-masing dalam acara pecut dan keirin pada perlumbaan Siri Trek ASEAN di Velodrom Nasional di sini, malam ini.
Ia merupakan perlumbaan kompetitif pertama juara dunia 2017 dalam acara keirin itu sejak meraih gangsa pada Kejohanan Kebangsaan Australia 2024, awal Mac lepas sekali gus menjadi motivasi terbaik sebelum menjalani latihan dan menyertai siri Piala Trek Jepun, minggu depan.
Pada saingan hari ini, Azizulhasni yang diberi julukan 'The Pocket Rocketman' merangkul emas pertamanya selepas mengungguli acara pecut dengan menewaskan seorang lagi pelumba negara Muhammad Ridwan Sahrom di final.
Pemenang pingat perak acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu kemudian menambah koleksi emas peribadi selepas mendominasi final keirin, meninggalkan seorang lagi pelumba muda negara Ahmad Safwan Ahmad Nazeri di tempat kedua dan wakil Indonesia Dika Alif Dhentaka ketiga.
"Hari ini saya turun (berlumba) seperti hari latihan sebab Isnin ini kita akan ke Jepun untuk dua kejohanan di sana, jadi di sana adalah pertandingan yang sebenar dengan ramai pesaing antaranya barisan pelumba Jepun dan Australia.
"Good to see timing dalam 200 meter (m) terakhir masih boleh catat 9.8 saat (s) walaupun not in the best condition dan saya pun tak pakai (full) race equipment lagi. John (ketua jurulatih skuad berbasikal kebangsaan John Beasley) pun gembira dengan masa itu," katanya ketika ditemui di sini.
Pada masa sama, pelumba berusia 36 tahun itu berkata selain menyertai kejohanan di Jepun, beliau juga akan meneruskan program latihan dengan penambahan tahap intensiti di sana, sebelum pulang ke tanah air untuk membuat persediaan menghadapi Kejohanan Trek Kebangsaan di sini yang dijadual dari 20 hingga 24 Mei ini.
Sementara itu, dalam saingan wanita menyaksikan bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri turut menggondol dua emas masing-masing dalam acara pecut dan keirin.
Dalam final pecut, atlet berusia 20 tahun itu yang bakal membuat debut di Sukan Olimpik 2024 di Paris Julai ini, tidak berdepan masalah menewaskan rakan senegara Nurul Aliana Syafika Azizan sebelum mengekalkan kayuhan cemerlang dalam saingan final keirin untuk meraih emas peribadi keduanya.
"Secara keseluruhan prestasi saya masih okey, tetapi saya mahu tingkatkan lagi daripada segi perkara kecil (berkaitan) teknik dan taktik. Hari ini memang saya bagi full gas sebab saya sekarang tak boleh berada dalam zon yang selesa, sentiasa kena beri yang terbaik (dalam perlumbaan)," katanya.
Azizulhasni, Nurul Izzah dan seorang lagi pelumba negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom merupakan tiga pelumba berbasikal trek negara yang layak beraksi di Olimpik Paris.
Perlumbaan Siri Trek ASEAN akan bersambung di sini, esok.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024

Azizulhasni menang dua pingat emas masing-masing dalam acara pecut dan keirin pada perlumbaan Siri Trek ASEAN di Velodrom Nasional. - Gambar fail

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Azizulhasni ketepi saingan Ridwan, juarai acara pecut di Nilai
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak berdepan masalah menjuarai acara pecut lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024.

PKBM sasar Mohd Azizulhasni raih pingat emas di Sukan Olimpik Paris
Amarjit berkata sasaran itu bukan dilakukan secara tiba-tiba malah ia realistik berdasarkan keadaan The Pocket Rocketman ketika ini.

Pocket Rocketman masih berbisa, peroleh emas di Piala UCI Adelaide
Kemenangan itu sekali gus memberi mata buat Mohd Azizulhasni untuk ke pentas Sukan Olimpik Paris 2024, Julai ini.

Azizulhasni gagal dalam misi raih podium Kejohanan Berbasikal Trek Dunia
Laluan Azizulhasni tersekat selepas beliau menamatkan aksi saringan pertama pusingan separuh akhir di kedudukan keempat.

Azizulhasni diyakini mampu lakar sejarah peroleh emas di Olimpik Paris
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dilihat mampu melakar sejarah untuk menamatkan penantian pingat emas negara di Sukan Olimpik Paris 2024.

Azizulhasni, Pandelela calon Olahragawan, Olahragawati Kebangsaan
Jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan ratu terjun Datuk Pandelela Rinong tersenarai sebagai calon Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021.

Nurul Izzah mahu jadi sehebat Mohd Azizulhasni
Gadis berusia 19 tahun itu berkata menjuarai Kejohanan Dunia dan memenangi pingat di Sukan Olimpik adalah pencapaian yang disasarkan dalam kariernya.

Mohd Azizulhasni rancang bersara selepas Sukan Olimpik Paris 2024
Ia akan menjadi penampilan kelimanya di pentas temasya sukan berprestij itu.

Azizulhasni, Shah Firdaus masuki 'gear akhir' di Nilai sebelum ke Tokyo
Azizulhasni telah menerima suntikan dos pertama di Australia baru-baru ini manakala Muhammad Shah Firdaus masih belum disuntik sehingga kini.

KBS sedia bantu Azizulhasni, Shah Firdaus dapatkan suntikan vaksin di Australia
Kementerian Belia dan Sukan sedia membantu menguruskan proses suntikan vaksin kepada jaguh berbasikal kebangsaan Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang kini berada di Australia.