KUALA LUMPUR: Dua pelumba elit berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom, dijangka menerima suntikan vaksin COVID-19 setibanya mereka di tanah air dari Melbourne, Australia, pada Jun depan.
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Wahab berkata, suntikan tersebut perlu dilaksanakan segera sejurus kedua-dua pelumba berkenaan tiba di Malaysia, sebelum mereka berlepas ke Tokyo bagi menyertai Sukan Olimpik, Julai ini.
Beliau berkata kedua-dua jaguh berbasikal negara itu merupakan antara 35 pelumba yang disenaraikan PKBM, untuk menerima suntikan vaksin tersebut.
"(Bagaimanapun) kami akan menunggu makluman daripada Majlis Sukan Negara mengenai bila kedua-dua pelumba ini diberikan suntikan vaksin," katanya kepada Bernama hari ini.
Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus kini berada di Melbourne menjalani latihan menjelang Sukan Olimpik Tokyo.
Mengulas lanjut, Abu Samah berkata kesemua 35 pelumba basikal negara itu adalah sebahagian daripada 4,000 atlet dan pegawai sukan, yang diberi keutamaan menerima vaksin COVID-19 seperti diumumkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Sabtu lepas.
Dalam pada itu, beliau berkata Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus dijangka berlepas ke Tokyo, lima hari sebelum acara basikal pada temasya sukan berprestij dunia itu membuka tirai pada 2 Ogos depan.
Sementara itu, Abu Samah kagum dengan prestasi memberangsangkan dipamerkan kedua-dua pelumba itu, yang meraih penamat 1-2 acara pecut di Kejohanan Berbasikal Trek Elit Victoria, Australia pada Ahad.
"Kita harap mereka dapat kekalkan momentum ini sehinggalah pada Sukan Olimpik Tokyo kelak.
"Saya percaya ketua jurulatih berbasikal trek negara John Beasley mempunyai ramuan terbaik bagi menyiapkan kedua-dua mereka ini, khususnya Azizulhasni untuk meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik kali ini," katanya.
Sukan Olimpik Tokyo akan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 22 2021

Kedua-dua jaguh berbasikal negara itu merupakan antara 35 pelumba yang disenaraikan PKBM, untuk menerima suntikan vaksin tersebut.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Hannah jumpa Mohd Azizulhasni untuk bincang hala tuju karier
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadual akan mengadakan pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini.

Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.

Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan
Kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara.

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.

Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.

Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.

Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.

Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.