Pelumba elit negara, Mohd Azizulhasni Awang terlepas emas acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2020 selepas tewas kepada pelumba Jepun, Yuta Wakimoto di Velodrom Pusat Latihan Kebangsaan Jingcheon, Korea Selatan, hari ini.
Pelumba berusia 31 tahun yang terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketman' itu hanya berpuas hati dengan pingat perak selepas ketinggalan hanya 0.061 saat di belakang jaguh keirin Asia itu.
Seorang lagi wakil Jepun, Yudai Nitta merangkul pingat gangsa diikuti tempat keempat oleh pemenang pingat emas Sukan Asia 2018, Jai Angsuthasawit dari Thailand.
Terdahulu, Azizulhasni menempah slot ke final selepas menduduki tempat kedua pada pusingan kedua selepas mara dari pusingan repechage.
Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Shahrom menduduki tempat keenam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 18 2019

Azizulhasni hanya berpuas hati dengan pingat perak selepas ketinggalan hanya 0.061 saat. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Azizulhasni tidak akan keseorangan ke Tokyo
Kedudukan Azizulhasni naik tiga anak tangga di kedudukan 16 dengan 1,547 mata, manakala Muhammad Shah Firdaus pula di kedudukan ke-24 dengan 1,357 mata.