ALOR SETAR: Allahyarham Mohd Azraai Khor Abdullah yang membimbing pasukan bola sepak Kedah antara 2004 hingga 2009 disifatkan sebagai seorang yang berdedikasi dan sentiasa mengutamakan kebajikan pemain.
Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Allahyarham bukan sahaja mahu pihak pengurusan menitikberatkan soal gaji dan bonus pemain, tetapi juga kebajikan keluarga mereka.
"Semasa saya Menteri Besar Kedah, kami menang tiga piala pada 2007 dan sekali lagi menang tiga piala pada 2008 yang menjadi kejayaan double treble cukup cemerlang dan membanggakan untuk bola sepak Kedah.
"Arwah seorang jurulatih yang berdedikasi, kuat kerja dan sangat bersemangat dalam bola sepak," katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham Mohd Azraai Khor, 72, yang meninggal dunia pada Khamis lepas dipercayai mengalami serangan strok.
Menurut Mahdzir, Mohd Azraai Khor pernah menyatakan sekiranya pihak pengurusan dapat menjaga kebajikan pemain dan keluarga mereka sebaik mungkin, ia dapat menjadikan pasukan lebih fokus dalam latihan dan perlawanan.
Menyentuh isu tunggakan gaji yang dilaporkan sedang dihadapi pemain Kedah Darul Aman (KDA FC) ketika ini, Mahdzir yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah berkata pihak yang berkaitan perlu berusaha mencari penyelesaian dan tidak hanya menyalahkan pihak lain semata-mata.
"KDA FC ialah syarikat yang ditubuhkan kerajaan melalui KFA juga, tak boleh sewenang-wenang kata ini awak yang salah sebab tak bagi gaji, orang itu pula kata salah awak sebab tak bagi duit. Realitinya sudah lima bulan mereka tak dapat gaji, jadi ambil tanggungjawab bersama-sama," katanya.
Sementara itu, bekas Naib Presiden KFA Datuk Othman Aziz berpendapat persatuan itu tetap mempunyai tanggungjawab terhadap kejayaan bola sepak Kedah walaupun pasukan berkenaan telah diswastakan.
"Kita tak boleh lepas tangan kepada KDA FC semata-mata dan saya yakin KFA mesti ada suara atau golden share dalam kelab atau syarikat itu yang perlu dirujuk sekiranya berdepan sebarang masalah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 12 2024
![Azraai Khor berdedikasi, utamakan kebajikan pemain - Mahdzir Azraai Khor berdedikasi, utamakan kebajikan pemain - Mahdzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707718555_TBMahdzirKhalid.jpg)
Mahdzir (lima, kiri) bergambar bersama balu Allahyarham Mohd Azraai Khor Abdullah, Rohani Ibrahim, 62, (lima, kanan) ketika menziarah ahli keluarga Allahyarham Mohd Azraai Khor hari ini.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Azraai Khor berdedikasi, utamakan kebajikan pemain - Mahdzir Azraai Khor berdedikasi, utamakan kebajikan pemain - Mahdzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707718555_TBMahdzirKhalid.jpg)
Azraai Khor berdedikasi, utamakan kebajikan pemain - Mahdzir
Allahyarham Mohd Azraai Khor Abdullah yang membimbing pasukan bola sepak Kedah antara 2004 hingga 2009 disifatkan sebagai seorang yang berdedikasi.
![Bekas jurulatih Kedah Azraai Khor meninggal dunia Bekas jurulatih Kedah Azraai Khor meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707370574_TBAzraaiKhorAbdul.jpg)
Bekas jurulatih Kedah Azraai Khor meninggal dunia
Jurulatih legenda Kedah, Azraai Khor Abdullah, dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.
![Ragam pengurusan punca Azraai Khor enggan kembali melatih Ragam pengurusan punca Azraai Khor enggan kembali melatih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81669759292_AzraaiKhor.jpg)
Ragam pengurusan punca Azraai Khor enggan kembali melatih
Katanya, sehingga kini masih ada pasukan yang menagih khidmatnya namun beliau sudah bertekad untuk berehat.
![Piala FA: Kami wakili Malaysia lawan LionsXII - Azraai Piala FA: Kami wakili Malaysia lawan LionsXII - Azraai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-05/41432345273_295x200.jpg)
Piala FA: Kami wakili Malaysia lawan LionsXII - Azraai
"Saya harap semua penyokong bola sepak tempatan memberi sokongan mereka kepada Kelantan malam esok,"kata pengendali Kelantan Azraai Khor.