Jurulatih Kelantan Mohd Azraai Khor Abdullah menuntut barisan pemainnya untuk mempamerkan permainan terbaik pada aksi Liga Super menentang Sime Darby FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor malam esok.
Beliau berkata pasukannya perlu mencatatkan kemenangan bagi membolehkan The Red Warriors (TRW) memperbaiki kedudukan dalam saingan itu.
"Kita perlu bangkit dan kutip mata kerana kita sekarang dalam kedudukan yang agak bahaya, jadi kita perlu keluar dari zon bahaya itu, oleh itu saya mahu pemain pemerkan aksi yang terbaik.
"Saya yakin pemain tahu apa yang perlu dilakukan dan berada di kedudukan ke-10 liga tidak menyenangkan, mereka juga mahu keluar dari zon bahaya," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Kelantan kini berada di tangga ke-10 dalam Liga Super dengan 10 mata.
Beliau berkata dua pemain importnya iaitu Gilmar Da Silva dan Austin Amutu akan menjadi taruhannya pada perlawanan esok.
"Dengan ada mereka (Amutu dan Gilmar) ini pasti aksi kita akan sedikit berlainan, pemain tempatan yang lain juga semua cergas dan boleh beraksi," katanya.
Mohd Azraai Khor berkata pasukannya perlu berhati-hati dengan barisan serangan Sime Darby FC terutama pemain import pasukan itu iaitu Reinaldo Elias da Costa dari Brazil.
"Sudah tentu mereka telah kaji permainan kita dalam rehat yang panjang ini, kita cuma kena lebih berhati-hati dan fokus untuk meraih tiga mata," katanya.
Astro Arena
Mon Jun 22 2015
Mohd Azraai Khor berkata pasukannya perlu berhati-hati dengan barisan serangan Sime Darby FC terutama pemain import pasukan itu iaitu Reinaldo Elias da Costa dari Brazil. - Gambar Astro ARENA
Samsung Galaxy S25 dilancar, tetap piawaian baharu teknologi AI
Samsung Malaysia mengumumkan pelancaran siri Galaxy S25, menampilkan model Galaxy S25 Ultra, Galaxy S25, dan Galaxy S25, yang direka untuk mendefinisikan semula pengalaman mudah alih.
AWANI Borneo [5/2/2025] – Elak renjatan| Tidak termasuk LNG| Tuntutan palsu RM20,000
AWANI Borneo Rabu, 5 Februari 2025 bersama Assim Hassan
1. Fasiliti elektrik kawasan terjejas banjir ditutup bagi elak risiko renjatan
2. Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas tunggal Sarawak
3. Akauntan didakwa buat tuntutan palsu berjumlah RM20,000
1. Fasiliti elektrik kawasan terjejas banjir ditutup bagi elak risiko renjatan
2. Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas tunggal Sarawak
3. Akauntan didakwa buat tuntutan palsu berjumlah RM20,000
Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.
Monopoli projek: Tiga ahli perniagaan, wanita Vietnam direman lima hari
Tiga ahli perniagaan dan seorang wanita warganegara Vietnam ditahan reman lima hari kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah bagi memonopoli kesemua projek yang ditawarkan oleh dua jabatan kerajaan di dua daerah di Sarawak.
Akauntan didakwa buat tuntutan palsu RM20,000
Sharin Lusiyau, 35 tahun bertugas di Jabatan Bendahari Negeri Sabah didakwa melakukan kesalahan itu sebanyak 16 kali pada tahun 2023 dengan mengemukakan resit penginapan hotel yang tidak pernah didiami, menggunakan nama sendiri dan beberapa individu lain.
RM1.085 Bilion untuk projek naik taraf paip lama di Sarawak
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.085 bilion untuk melaksanakan projek penggantian dan naik taraf paip lama di seluruh negeri.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank dalam kenyataannya bantuan tersebut merangkumi pilihan moratorium pinjaman sehingga enam bulan, pengubahsuaian pembayaran pinjaman serta pengecualian caj dan bayaran tertentu bagi pelanggan dan perniagaan yang terkesan oleh bencana banjir.
Mangsa banjir di PPS Sarawak terus menurun
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan jumlah mangsa menurun kepada 5,281 orang berbanding 5,747 pada sebelah pagi.
Kes Paul Yong: Pembantu rumah mengaku beri keterangan palsu - Saksi
Seorang peguam memberitahu mahkamah bahawa pembantu rumah yang menjadi mangsa rogol bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong mengaku memberi keterangan palsu.
Beberapa kawasan di Lundu dinaiki air
Hujan lebat tanpa henti sejak pagi menyaksikan beberapa kawasan di Lundu, Sarawak dinaiki air. Antara yang teruk terjejas, kawasan borong King Supermarket, lokasi tumpuan orang ramai membeli barang keperluan.
Allahyarham Azraai Khor terima Anugerah Khas Maulidur Rasul Kedah
Bekas jurulatih bola sepak Kedah, Allahyarham Mohd Azraai Khor Abdullah menerima Anugerah Khas Maulidur Rasul peringkat negeri Kedah.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Jenazah Mohd Azrai Khor selamat dikebumikan
Jenazah jurulatih legenda, Mohd Azraai Khor Abdullah, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Uda, di sini kira-kira jam 6.25 petang Khamis.
'TMJ tahu apa nak buat'
Arif Aiman memiliki potensi besar untuk menjadi pemain yang lebih berkualiti dalam masa beberapa tahun akan datang.
Azraai tawar diri pikul tugas pembantu jurulatih Harimau Malaya
Azraai sedia memikul tugas sebagai pembantu jurulatih Harimau Malaya jika mendapat tawaran daripada FAM.
Azraai Khor tuntut anak buah pamer kebangkitan
Jurulatih Kelantan Mohd Azraai Khor Abdullah menuntut barisan pemainnya untuk mempamerkan permainan terbaik pada aksi Liga Super menentang Sime Darby FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang,Sel.