KUALA LUMPUR: Rekod tanpa kalah pasukan bawah 19 Tahun (B-19) negara dalam kempen Kejohanan B-19 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) lebur selepas tewas 0-1 kepada Laos pada perlawanan terakhir saingan Kumpulan B di Bekasi, Indonesia, hari ini.
Pemain gantian, Phoutthavong Sangvilay muncul wira Laos pada aksi di Stadium Patriot Candrabhaga itu selepas tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-68, sekali gus membantu pasukan mengekalkan rekod bersih dalam empat perlawanan saingan kumpulan.
Keputusan itu membolehkan Laos mengumpul 12 mata untuk mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir selaku juara kumpulan manakala skuad Harimau Muda, kendalian Hassan Sazali Mohd Waras, mengutip tujuh mata dan terpaksa berpuas hati melangkah ke pusingan kalah mati sebagai naib juara.
"Saya berharap kita akan kembali bangkit daripada kekalahan ini pada saingan separuh akhir. Walaupun kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk capai kemenangan, kita tahu kesilapan adalah pada peluang jaringan yang tak dapat disempunakan.
"Pada saya 20 hingga 15 minit terakhir kita kawal sepenuhnya permainan tetapi peluang yang diperoleh kita tidak gunakan dengan sebaiknya," kata Hassan Sazali menerusi klip audio yang dikongsikan kepada media.
Menanti skuad B-19 kebangsaan di separuh akhir yang dijadual berlangsung Rabu ini adalah juara Kumpulan A, Vietnam, sementara Laos akan berdepan Thailand yang muncul naib juara Kumpulan A pada satu lagi pertembungan.
"Vietnam dari segi 'ball play' mereka agak bagus tapi kita tidak harus memberi peluang dan ruang kepada pemain mereka....kita ada cuma satu hari dan berharap dengan tempoh tersebut semua pemain dapat berehat secukupnya," kata beliau.
Sebagai rekod, skuad B-19 kebangsaan mempunyai rekod baik dalam tiga edisi terakhir kejohanan itu apabila menjuarai edisi 2018 dan muncul naib juara edisi 2017 dan 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 11 2022

Keputusan perlawanan terakhir saingan Kumpulan B itu membolehkan Laos mengumpul 12 mata untuk mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir selaku juara kumpulan. - Foto Facebook FAM

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejohanan ASEAN AFF B-19: Harimau Muda jinakkan Singapura
Skuad muda negara meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Singapura 5-0 di Stadium Gelora, Indonesia.

Malaysia hidupkan peluang ke pusingan akhir Piala Asia B-20 2023
Kejayaan di Stadium Persekutuan Bolasepak Mongolia (MFF) itu merupakan kemenangan sulung skuad muda negara.

AFF 2022: Kerjasama, disiplin faktor kejayaan skuad B-19 kebangsaan
Kerjasama dan disiplin merupakan dua elemen penting yang dimainkan dengan baik dalam perancangan untuk memastikan Malaysia menjuarai Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2

AFF: Malaysia U19 bukti kemampuan diri
Sama-samalah kita percaya pada kemampuan skuad Harimau Muda ini dan pengurusan kejurulatihannya.

B-19 AFF: Harimau Muda jumpa Vietnam di separuh akhir
Rekod tanpa kalah pasukan bawah 19 Tahun (B-19) negara dalam kempen Kejohanan B-19 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) lebur selepas tewas 0-1 kepada Laos.

Dua perlawanan persahabatan uji kombinasi, keserasian pemain B-19
Perlawanan menentang pasukan Liger Super, Petaling Jaya FC dan pasukan Liga Premier, Selangor II akan menjadi platform tepat untuk menilai kombinasi dan keserasian pemain.

AFC B-19: KBS pantau situasi COVID-19 di Uzbekistan
KBS sentiasa memberi keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan atlet negara yang bertanding di luar negara.

Cheng Hoe tidak mahu pemain cedera pada pertemuan dengan Maldives
Beliau berkata persiapan skuad negara berjalan lancar kecuali penyerang muda sensasi Kedah, Muhammad Akhyar Abdul Rashid yang masih belum pulih dari kecederaan.

Mahathir ucap tahniah Malaysia juara AFF B-19
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada skuad Malaysia yang muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Bawah 19 Tahun (B-19).

Mujur pemain B-19 negara selamat - Hamidin
Terdapat penyokong Indonesia membaling botol dan batu dari tempat duduk penonton ke arah pemain B-19 negara selepas tamat perlawanan.