Menjelang temasya Sukan SEA 2019 di Filipina, Ketua Jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) Datuk Ong Kim Swee, berhadapan tugas mencabar menyenaraikan barisan 20 pemain terbaik pasukannya.
Sehingga hari ini, seramai 32 pemain berada dalam kem latihan pusat dan Kim Swee hanya mempunyai kurang daripada 24 jam, untuk memilih pemain terbaik bagi membentuk sebuah pasukan yang mempunyai keseimbangan, di setiap posisi.
Namun, fokus Kim Swee kini adalah memberi keutamaan kepada pemain yang mempunyai kelebihan beraksi, di beberapa posisi berbeza.
"Senarai 20 pemain untuk saya namakan agak mencabar. Ia berbeza dengan Kejuaraan AFC, di mana 23 pemain dibenarkan, jadi saya harus lihat dari segi keseimbangan dan kedalaman di beberapa posisi. Saya perlu mengambil pemain yang boleh beraksi dalam dua atau tiga posisi, untuk memberi ruang berehat mengikut jadual di Manila.
"Pemain yang boleh bermain dalam dua posisi merupakan kelebihan dan saya perlu lihat posisi mana yang saya perlu tampung, bagi mendapatkan pemain berlebihan di posisi tersebut," katanya ketika ditemui selepas tamat sesi latihan di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini, hari ini.
Pada sesi latihan tersebut, skuad B-22 negara mencatat kemenangan 3-0 dan 2-0, masing masing ke atas Northern Territory FC dan Western Australia FC dalam aksi persahabatan.
Sementara itu, mengulas mengenai peluang pemain yang berpangkalan di Amerika Syarikat Wan Kuzain Wan Kamal, beraksi bersama skuad negara, Kim Swee menjelaskan pengesahan tersebut hanya akan diketahui esok.
Menurut Kim Swee, masih terdapat beberapa isu yang perlu diselesaikan sebelum pemain Sporting Kansas City di Liga Bola Sepak Utama Amerika (MLS) itu, layak beraksi bersama pasukannya.
"Masih belum ada keputusan tentang Wan Kuzain, di mana hanya esok saya akan maklumkan tentang situasi beliau. Tetapi beberapa isu lagi perlu kita selesaikan sehingga esok dan saya harap jika semuanya berjalan lancar, kita dapat menyenaraikan beliau. Jika tidak kita terpaksa melupakan Wan Kuzain," tambah beliau.
Wan Kuzain menyertai kem latihan pusat skuad kendalian Kim Swee pada Isnin lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 21 2019

Menurut Kim Swee, masih terdapat beberapa isu yang perlu diselesaikan sebelum pemain Sporting Kansas City di Liga Bola Sepak Utama Amerika (MLS) itu, layak beraksi bersama pasukannya. - Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Vietnam 'hantar' Harimau Muda pulang awal
Kekalahan itu menafikan hasrat menggunung skuad B-22 kebangsaan bimbingan E. Elavarasan untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Kim Swee nasihat elak tekan pemain bawa pulang pingat, fokus setiap perlawanan
Kim Swee melihat faktor tekanan untuk membawa pulang pingat sebagai antara cabaran utama dalam kejohanan berkonsepkan karnival itu.

Pengendali baharu skuad bola sepak B-22 diumumkan Mac nanti
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam memaklumkan, setakat ini badan induk itu telah menerima sejumlah 12 permohonan termasuk empat jurulatih asing yang berminat untuk mengisi jawatan berkenaan.

FAM pertaruh pengalaman, kematangan Kim Swee
Ia kegagalan kedua Kim Swee sebagai jurulatih skuad muda negara tahun ini selepas pasukannya tidak layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23.

Mereka banyak bercakap dan inginkan publisiti - Kim Swee
Jurulatih yang membawa Malaysia merangkul emas pada edisi Sukan Edisi 2011 di Jakarta itu menyifatkan tindakan sesetengah pihak itu sebagai meraih publisiti.

Sukan SEA: Kim Swee sedia pendekatan berbeza terhadap Timor Leste
Datuk Ong Kim Swee desak pemainnya untuk tidak membahayakan peluang itu dan memberi tumpuan penuh untuk muncul di tangga kedua Kumpulan A.

'Terima kasih coach!'
Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mengakui dia berasa penat untuk beraksi selepas terpaksa mengharungi jadual perlawanan yang padat sepanjang tahun ini.

Digugurkan... titik perubahan Safawi Rasid
Kim Swee semalam mengesahkan tidak menyenaraikan Muhammad Safawi dalam skuad negara ke Sukan SEA 2019 di Filipina, demi kebaikan pemain itu yang telah mengharungi begitu banyak perlawanan musim ini.

B-22: Keupayaan bermain di posisi berbeza keutamaan Kim Swee
Fokus Kim Swee kini adalah memberi keutamaan kepada pemain yang mempunyai kelebihan beraksi, di beberapa posisi berbeza.

Sathianathan enggan lepas khidmat Syahmi
Syahmi adalah antara 26 nama yang tersenarai untuk menjalani latihan pusat kendalian Datuk Ong Kim Swee menjelang Kejohanan Piala AFF B-22 di Kemboja.