Ketiadaan pemain senior, Aidil Zaquan Abdul Radzak tidak memberi masalah kepada Shahrul Mohd Saad yang bersedia mengetuai barisan pertahanan skuad Harimau Malaya untuk mengekang jentera serangan Jordan pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini.
Kapten pasukan Perak itu yang lebih mesra dengan panggilan 'Badak' dalam kalangan rakan sepasukan, menegaskan beliau bersedia memberikan aksi terbaik walaupun ketiadaan pemain Johor Darul Ta'zim itu yang tidak disenaraikan pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dalam senarai 27 pemain pada sesi latihan pusat kali ini.
"Aidil merupakan seorang pemain yang baik, dan saya harap pengalaman bersama Aidil sebelum ini dapat membantu saya dan rakan-rakan lain pada perlawanan menentang Jordan dan perlawanan pusingan kelayakan nanti," katanya ketika ditemui pemberita sebelum bermulanya sesi latihan pusat skuad Harimau Malaya di Padang Latihan Sime Darby, Bukit Jelutong, di sini, pada Rabu.
Berbeza pula dengan misi pemain tengah kebangsaan, Muhammad Hadin Azman yang bersedia merebut tempat dalam kesebelasan utama selepas dibelenggu kecederaan yang menyaksikan beliau digugurkan dari skuad negara.
"Saya agak terkejut juga mendapat panggilan daripada penolong jurulatih (M. Balachandran) tempoh hari bahawa saya terpilih pada kali ini.
"Mungkin disebabkan prestasi semasa saya bersama Felda United menyebabkan saya dipanggil bersama skuad kebangsaan pada kali ini," jelas kapten Felda United itu.
Pada masa yang sama, Muhammad Hadin bertekad untuk memperbaiki prestasinya dalam usaha membantu skuad Harimau Malaya meraih keputusan positif pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Untuk rekod, kali terakhir pemain berusia 25 tahun itu beraksi bersama skuad kebangsaan adalah pada Kejohanan Empat Negara Piala Airmarine 2019 pada Mac lepas yang menyaksikan Malaysia menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Afghanistan 2-1 pada penentuan ketiga/keempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Aksi pemanas badan menentang Jordan merupakan persediaan skuad Harimau Malaya sebelum berhadapan dengan Indonesia pada aksi pembukaan Kumpulan G pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, 5 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 28 2019

SHAHRUL: Saya harap pengalaman bersama Aidil sebelum ini dapat membantu saya dan rakan-rakan lain pada perlawanan menentang Jordan dan perlawanan pusingan kelayakan nanti. - Astro ARENA
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

'Badak' sedia kekang jentera serangan Jordan
Shahrul Mohd Saad bersedia memberikan aksi terbaik walaupun ketiadaan pemain senior Aidil Zaquan Abdul Radzak.