KEM MALAYSIA memulakan pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia BWF hari ini dengan dua wakil mengesahkan kemaraan sementara tiga lagi terkandas.
Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, paling mencuri tumpuan dalam pertarungan dengan Sitthikom Thammasin di Gimnasium Metropolitan Tokyo, pagi tadi, sebelum hampa usaha kebangkitannya tidak kesampaian di sebalik semangat juang yang tinggi.
Sitthikom yang mengejutkan pemain di ranking ke-14 dunia, Kanta Tsuneyama, semalam meneruskan rentak cemerlangnya apabila mudah mendominasi set pertama 21-9 tetapi Tze Yong merampas set kedua dengan kemenangan 21-10, sekali gus sukar memberi gambaran sebenar kemampuan masing-masing dalam set penentuan.
Nyata permulaan baik mencerahkan laluan Sitthikom apabila selesa mendahului sekitar lima mata.
Di sebalik melebarkan penguasaannya 14-5, Tze Yong menonjolkan semangat luar biasa untuk menghambat kedudukan itu apabila mengutip lapan berturut-turut bagi merapatkan kedudukan 14-13.
Sekali lagi pemain muda Malaysia itu dituntut mengerah segala kudratnya untuk mengikat kedudukan 19-19 dengan memungut rentetan empat mata.
Pencabar dari Thailand itu tidak mudah hilang punca biarpun sempat menggigit raketnya bagi melepaskan geram terhadap semangat juang lawannya sebelum menyudahkan langkahnya untuk ke pusingan berikut dengan kemenangan 21-19.
Sementara itu, finalis Sukan Komanwel Birmingham, Treesa Jolly-Gayatri Pullela, menafikan laluan beregu wanita negara, Low Yeen Yuan-Valeree Siow, dengan kemenangan 21-11, 21-13.
Dalam masa sama, pemenang pingat emas perseorangan wanita Sukan SEA 2017, S. Kisona, tunduk kepada pemain veteran dari Vietnam, Vu Thi Thrang 21-10, 21-17.
Namun, dua lagi wakil negara layak menerusi Soniia Cheah (perseorangan wanita) dan Anna Cheong-Teoh Mei Xing (beregu wanita).
Soniia akan menyambung perjuangan bertemu juara Masters Indonesia 2022 dari China, Chen Yufei, dalam pusingan 32 esok selepas menjinakkan pemain muda Indonesia, Putri Kusumawardani, 21-19, 21-18.
Anna-Mei Xing yang mengambil masa 39 minit untuk menyingkirkan Stine Kuespert-Emma Moszczynski (Jerman) 21-13, 21-15 pula akan berdepan juara Terbuka Korea Selatan, Kim Hye-jeong / Jeong Na-eun, yang mematikan langkah mereka dalam Masters Malaysia bulan lalu. -- Stadium Astro
Astro Arena
Tue Aug 23 2022
![Badminton Dunia BWF: Anna Cheong-Teoh Mei Xing teruskan perjuangan Badminton Dunia BWF: Anna Cheong-Teoh Mei Xing teruskan perjuangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661245642_TBbwf.jpg)
Kem Malaysia memulakan pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia BWF hari ini dengan dua wakil mengesahkan kemaraan sementara tiga lagi terkandas. - Stadium Astro
![Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739607859_ArifAiman.jpg)
Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ
Arif Aiman Hanapi, menerima kurnia daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik kelab atas kecemerlangannya musim ini.
![Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739603671_Norshamiramaut.jpg)
Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk
Suami mangsa, Mohammad Afiq Akhmal Nudin berkata, berita penahanan suspek itu agak melegakan keluarga dalam mencari keadilan buat mangsa.
![Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739607995_TBJejakHarmoni.jpg)
Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang
Program Jejak Harmoni yang diadakan di ibu negara pada Sabtu menjadi platform menyemai nilai keharmonian apabila lebih 200 peserta pelbagai agama dibawa mengunjungi beberapa rumah ibadat.
![Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739609008_TBhujan.jpg)
Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga 6 petang, hari ini.
![Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739602867_AmirHamzah.jpg)
Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bukan hanya membantu penerima yang layak menangani kos sara hidup tetapi juga turut merancakkan ekonomi setempat.
OpenAI tolak bidaan USD97.4 bilion daripada konsortium diterajui Musk
Pengendali ChatGPT, OpenAI, menolak bidaan bernilai AS$97.4 bilion (RM431.8 bilion) daripada konsortium diterajui oleh bilionair Elon Musk, dengan alasan bahawa syarikat pemula itu bukan untuk dijual.
Joehari Ayub sah presiden baharu FAM
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.
Beliau menang tanpa bertanding selepas menjadi calon tunggal untuk jawatan itu pada kongres pemilihan FAM penggal 2025-2029 yang berlangsung pada Sabtu.
Beliau menang tanpa bertanding selepas menjadi calon tunggal untuk jawatan itu pada kongres pemilihan FAM penggal 2025-2029 yang berlangsung pada Sabtu.
Ada banyak jawatankuasa boleh bincang isu hal ehwal bukan Islam
Tiada keperluan untuk mewujudkan portfolio menteri yang menjaga hal ehwal agama bukan Islam.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
Kerajaan MADANI tidak pinggir mana-mana kaum
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun wujud dakwaan beliau hanya mementingkan kaum tertentu, khususnya Melayu, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan bersifat adil kepada semua.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun wujud dakwaan beliau hanya mementingkan kaum tertentu, khususnya Melayu, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan bersifat adil kepada semua.
![Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739606304_SaifuddinNasutionI.jpg)
Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin
Maritim Malaysia sedang menjalankan siasatan dalaman dari pelbagai sudut termasuk aspek SOP berhubung insiden di perairan Tanjung Rhu, Selangor.
![Badminton Dunia BWF: Dua beregu campuran negara ke suku akhir Badminton Dunia BWF: Dua beregu campuran negara ke suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661427527_TBBADMINTONjpg.jpg)
Badminton Dunia BWF: Dua beregu campuran negara ke suku akhir
Dua beregu campuran negara mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF selepas menewaskan lawan masing-masing hari ini.
![Badminton Dunia BWF: Aaron Chia-Soh Wooi Yik bukti masih beregu nombor satu negara Badminton Dunia BWF: Aaron Chia-Soh Wooi Yik bukti masih beregu nombor satu negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661421438_TBAARONCHIA.jpg)
Badminton Dunia BWF: Aaron Chia-Soh Wooi Yik bukti masih beregu nombor satu negara
Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, dalam perlawanan pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia BWF.
![Badminton Dunia BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mudah ke pusingan ketiga Badminton Dunia BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mudah ke pusingan ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661340902_TBbwf.jpg)
Badminton Dunia BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mudah ke pusingan ketiga
Perseorangan lelaki utama negara, Lee Jii Jia, tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia BWF.
![Badminton Dunia BWF: Pearly-Thinaah, Soniia Cheah tempa nasib berbeza Badminton Dunia BWF: Pearly-Thinaah, Soniia Cheah tempa nasib berbeza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661337800_TBbwf.jpg)
Badminton Dunia BWF: Pearly-Thinaah, Soniia Cheah tempa nasib berbeza
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, meneruskan rentak cemerlang dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF apabila menewaskan gandingan India.
![Badminton Dunia BWF: Soon Huat-Shevon tebus kehampaan Yew Sin-Ee Yi Badminton Dunia BWF: Soon Huat-Shevon tebus kehampaan Yew Sin-Ee Yi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661325416_SoonHuatShevon.jpg)
Badminton Dunia BWF: Soon Huat-Shevon tebus kehampaan Yew Sin-Ee Yi
Goh Soon Huat-Shevon Lai, memerlukan 33 minit untuk menamatkan perjuangan wakil England, Gregory Mairs-Jenny Moore, dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF.
![Badminton Dunia BWF: Anna Cheong-Teoh Mei Xing teruskan perjuangan Badminton Dunia BWF: Anna Cheong-Teoh Mei Xing teruskan perjuangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661245642_TBbwf.jpg)
Badminton Dunia BWF: Anna Cheong-Teoh Mei Xing teruskan perjuangan
Kem Malaysia memulakan pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia BWF hari ini dengan dua wakil mengesahkan kemaraan sementara tiga lagi terkandas.